KUALA LUMPUR: MY E.G. Services Bhd (MYEG) menyusut 25.5 sen atau 26.7 peratus kepada 70 sen semalam dengan jumlah dagangan melebihi 1.01 bilion saham berikutan pelabur melepaskan saham syarikat susulan berita semua perkhidmatan dan proses imigresen akan kembali sepenuhnya di bawah pengurusan Jabatan Imigresen menjelang 2025.
MYEG dibuka 30 sen atau merosot 31.41 peratus kepada 65.5 sen daripada 95.5 sen sewaktu ditutup pada Jumaat.
Terdahulu, Bursa Malaysia menggantung jualan singkat saham MYEG untuk tempoh berbaki semalam di bawah jualan singkat proprietari (PDT) dan jualan singkat intra hari (IDSS) selepas sahamnya merosot lebih 15 sen atau 15 peratus daripada harga rujukan.
Dagangan saham penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu dan waran berstruktur turut dihentikan bermula 2.44 petang hingga 3.44 petang semalam.
MIDF Research berkata, perubahan dasar itu akan memberikan impak negatif kepada entiti pihak ketiga seperti MYEG yang ketika ini menguruskan perkhidmatan imigresen.
"Sekiranya perkhidmatan imigresen dipindahkan semula kepada Jabatan Imigresen seperti yang dirancang, ia berpotensi memberi impak negatif kepada perolehan MYEG dalam jangka panjang, (dengan) potensi pendapatan bersih lebih rendah sebanyak hampir 20 peratus selepas 2025.
"Sebaliknya, jika jabatan ini tidak dapat melaksanakan NIISe (Sistem Imigresen Bersepadu Nasional) pada 2025, ini akan memberikan prospek lebih baik kepada MYEG berikutan ia akan memanjangkan jadual perkhidmatan pembaharuan permit kerja pekerja asing untuk kembali ke jabatan itu," katanya dalam nota penyelidikan.
Menurutnya, perkhidmatan imigresen menjana kira-kira 40 peratus daripada pendapatan MYEG termasuk pembaharuan permit kerja pekerja asing, yang menyumbang sekitar 10 peratus daripada perolehan keseluruhan. Perkhidmatan tambahan seperti pembaharuan insurans dan perkhidmatan pemadanan pekerjaan untuk pekerja asing pula menyumbang kira-kira 30 peratus.
MIDF Research berkata "risiko dasar itu dijangka tidak menarik minat pelabur terhadap MYEG terutamanya dengan mengambil kira sumbangan penting perkhidmatan berkaitan imigresen kepada perolehannya."
"Bagaimanapun, ramalan pendapatan MYEG yang stabil untuk 2022-2023, jualan kukuh daripada perniagaan pengangkutan jalan dan potensi perniagaan baharu daripada NIISe dan inisiatif seperti sistem e-ujian Jabatan Pengangkutan Jalan dan projek block chain, berupaya menyokong harga sahamnya," katanya.
Sehubungan itu, MIDF mengekalkan saranan "beli" ke atas MYEG dengan harga sasaran lebih rendah sebanyak RM1.00 daripada RM1.23 sebelum ini.
Terdahulu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MYEG menjelaskan, syarikat itu tidak mengadakan sebarang pertemuan sama ada dengan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Imigresen mengenai cadangan untuk menggabungkan semua transaksi imigresen di bawah NIISe.
Melalui NIISe, Jabatan Imigresen akan mengendalikan semua proses imigresen termasuk permohonan visa, permohonan permit kerja, pembaharuan pasport dan pelbagai perkhidmatan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023
Bursa Malaysia menggantung jualan singkat saham MYEG untuk tempoh berbaki pada Selasa di bawah PDT dan IDSS selepas sahamnya merosot lebih 15 sen atau 15 peratus daripada harga rujukan.
agenda 9pm 0502
NSL: Klinik beri peluang cungkil bakat generasi muda, bangun akar umbi
Klinik Netball Super League (NSL) yang dianjurkan Astro disifatkan sebagai antara platform terbaik untu mencungkil bakat pemain dalam kalangan generasi muda dan membantu pembangunan di peringkat akar umbi.
Agenda AWANI: Trump mahu Gaza, usir rakyat Palestin?
Bagaimana dunia perlu ‘bertindak’ sebagai respon terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu ambil alih dan bina semula Gaza serta mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka? Diskusi 8.30 malam
Kerajaan belum muktamad Projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Penduduk harap jalan runtuh segera dibaiki, bahayakan pengguna
Penduduk harap kerja pembaikan jalan runtuh di laluan Kampung Rantau Panjang ke Kampung Besol Lama di Hulu Dungun akibat hakisan musim tengkujuh lalu perlu disegerakan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.
Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah
Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney hari ini.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.
Gencatan Senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin. Jelasnya, selepas sekutu rapat Jordan dan Arab Saudi menolak cadangan Trump mengenai penguasaan Amerika Syarikat di Gaza, lebih banyak negara akan menzahirkan bantahan yang sama. #AgendaAWANI
Gencatan Senjata Gaza: ‘Trump pemimpin tidak waras, penuh retorik, ditolak dunia’ - Penganalisis
Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih Gaza menonjolkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang tidak waras dan hanya penuh dengan retorik. Jelasnya, sekiranya Amerika Syarikat terus bersikap sedemikian, maka negara tersebut akan berdepan dengan penolakan besar-besaran oleh masyarakat antarabangsa. #AgendaAWANI
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
Felo Dasar Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Dr. Intan Murnira Ramli berkata ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan. Jelasnya, keyakinan ini berpaksikan kepada sikap ASEAN yang berpegang teguh kepada piagamnya dan peraturan-peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). #AgendaAWANI
MyEG sambung semula pembaharuan PLKS dalam talian untuk pekerja asing
MY E.G. Services Bhd mengumumkan pembaharuan dalam talian Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing akan disambung semula pada 15 Januari 2024.
MyEG dan subsidiari dapat kontrak lanjutan tiga tahun JPJ
Kontrak lanjutan itu akan bermula 23 Mei tahun ini sehingga 22 Mei 2026.
KDN beri MyEG lanjutan dua tahun bagi perkhidmatan berkaitan imigresen
MyEG diberikan lanjutan selama dua tahun oleh KDN bagi perkhidmatan berkaitan imigresen.
Perkhidmatan dalam talian mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan - MYEG
MyEG Services Bhd menjelaskan perkhidmatan yang boleh didapati di platform dalam taliannya adalah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan
Menurut MyEG, terma lanjutan akan dimuktamadkan berdasarkan perbincangan selanjutnya dengan kerajaan apabila tiba masanya.
Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Loke
Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.
Tiga kadar zakat fitrah ditetapkan di Negeri Sembilan
Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM10 dan RM21.
Untung bersih MyEG meningkat kepada RM398.70 juta pada tahun kewangan 2022
Perolehan MyEG susut 10.11 peratus kepada RM651.18 juta daripada RM724.41 juta sebelum ini berikutan permintaan yang rendah.
Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas
MyEG turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan berkaitan lesen memandu dan cukai jalan berkenaan tetap berjalan lancar.
MyEG meterai perjanjian bagi miliki, kendali Xinghuo BIF International Supernode
Dengan teknologi dan keupayaan perkhidmatan awamnya, Xinghuo BIF akan menyediakan perkhidmatan blockchain kepada negara ASEAN.