KUALA LUMPUR: Pengimport dan pengedar kereta, Naza Automotive Group, memiliki perancangan besar untuk meneroka pasaran kenderaan elektrik (EV), dengan segmen itu menyumbang 25 peratus kepada jumlah pendapatannya setahun bagi tempoh lima tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mohd Rizal Jailan berkata kumpulan itu menyasar untuk menjadi antara peserta penting dalam pasaran EV Malaysia, yang bukan sahaja membawa jenama EV baharu untuk menyertai portfolionya malah juga menjadi antara penyedia infrastruktur bagi segmen itu.
Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji untuk menyediakan kemudahan pengecasan di Semenanjung Malaysia, khususnya di wilayah tengah, dan merancang untuk berkembang ke kawasan lain.
"Kami perlu bekerjasama dengan mereka yang sudah ada dalam pasaran, bukan sahaja mengenai produk (kereta) tetapi juga infrastruktur. Perkara yang baik tentang Naza ialah kami mempunyai bahagian lain dalam kumpulan (yang boleh membantu merealisasikan aspirasi ini).
"Sebagai contoh, kita ada Naza TTDI untuk pembinaan dan pembangunan hartanah. Jadi kita boleh lihat sinergi dalam bahagian yang berbeza untuk menyediakan tawaran secara holistik kepada pelanggan kita yang berhasrat membeli EV," katanya kepada Bernama.
Naza TTDI Sdn Bhd ialah cabang pembangunan hartanah Naza Group.
Mohd Rizal berkata kebimbangan utama yang menyebabkan pembeli terkekang untuk beralih kepada EV antaranya adalah bilangan stesen pengecasan yang ada di negara ini.
Memandangkan banyak kemudahan tertumpu di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru, ini menjadi cabaran untuk meyakinkan mereka yang berada di luar bandar besar agar beralih kepada EV, katanya.
Memperkenalkan jenama EV baharu
Mohd Rizal berkata Naza Automotive merancang untuk memperkenalkan beberapa jenama baharu yang menawarkan model EV bagi mendapatkan 'gelombang' EV yang masuk ke negara ini.
Rancangan ini adalah di samping jenama sedia ada di bawah portfolio Naza, yang mempunyai model EV yang sedang dalam perancangan.
Beliau membayangkan kumpulan itu bersedia untuk mengumumkan perkongsian baharu dengan satu jenama utama di Asia tidak lama lagi serta untuk pengedarannya di Malaysia dan beberapa negara Asean yang berpotensi, tanpa mendedahkan butiran lanjut.
Naza Automotive kini memegang hak pengedaran untuk beberapa jenama mewah di negara ini iaitu Maserati, Ducati dan Suzuki.
NZ Wheels, anak syarikat Naza Automotive Group, ialah pengimport kereta Mercedes Benz yang telah dipasang siap sepenuhnya (CBU) dan memegang hak pengedaran di Lembah Klang dan Johor Bahru.
Mohd Rizal berkata bagi 2023 pihaknya menjangkakan untuk meraih kenaikan perolehan sebanyak 35 peratus disokong oleh pemulihan perbelanjaan pengguna selepas COVID-19 dan permintaan terpendam untuk automotif, pengenalan model baharu, jualan kukuh daripada Naza Motor Trading, pengimport jenama kereta mewah dan motosikal terpakai dalam kalangan portfolio automotif Naza Group.
Beliau berkata sasaran perolehan itu akan menyaksikan Naza Automotive melepasi paras perolehan RM1 bilion buat kali pertama dan lebih tinggi berbanding perolehan 2022 iaitu sebanyak RM700 juta.
Mohd Rizal menambah ini adalah bersamaan dengan lebih daripada 2,000 unit kereta yang dijual sepanjang tahun.
"Jenama paling laris tahun lepas ialah Mercedes Benz, dan trend itu akan sama tahun ini. Cuma jumlah yang dijual akan berbeza.
"Kami menyasarkan semua jenama mempunyai peningkatan yang agak sama, terutamanya Suzuki," katanya sambil menambah kumpulan itu berhasrat untuk mempromosikan Suzuki tahun ini secara agresif dan merancang memperkenalkan dua lagi model," katanya.
Beliau juga berkata rangkaian pengedar itu akan diperluaskan untuk mencapai pelanggan secara lebih baik, termasuk ke Malaysia Timur.
Kini terdapat dua model Suzuki di pasaran Malaysia, Swift Sport dan Jimny, yang diedarkan oleh anak syarikat Naza Group, Naza Eastern Motors Sdn Bhd.
Usaha ini akan menjadi perjalanan yang sukar namun menarik bagi Naza Automotive Group.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023
Mohd Rizal berkata kumpulan itu menyasar untuk menjadi antara peserta penting dalam pasaran EV Malaysia. - Foto BERNAMA
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Naza Automotive Group pasang impian besar tembusi segmen EV
Pengimport dan pengedar kereta, Naza Automotive Group, memiliki perancangan besar untuk meneroka pasaran kenderaan elektrik (EV).