KUALA LUMPUR: Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) akan menyerlahkan komitmen Malaysia terhadap perubahan iklim, di samping hala tuju jelas kepada cara baharu dan mampan dalam menjalankan perniagaan.
Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AmCham) dalam satu kenyataan pada Jumaat menjelaskan, rangka kerja dasar dan perbincangan secara holistik harus diadakan bagi memastikan Malaysia dapat mengekalkan matlamat NETR, sekali gus meraih faedah ekonomi dan alam sekitar.
"Kerajaan telah menetapkan matlamat utama untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui negara (RE) daripada 40 peratus pada 2035 kepada 70 peratus menjelang 2050, ini adalah satu kedudukan yang dialu-alukan memandangkan komitmen Malaysia untuk mencapai net zero menjelang 2050.
"Kami percaya bahawa usaha sedemikian yang digariskan di bawah NETR akan memerlukan kerjasama antara sektor awam dan swasta, iaitu dalam mendapatkan teknologi untuk peralihan tenaga dan ekosistem dasar dengan insentif yang tepat untuk menggalakkan penggunaan RE.
"Kami menantikan pembangunan rangka kerja dasar skim Carbon Capture, Utilization & Storage (CCUS). Garis besar NETR untuk sumbangan awam dan swasta kepada CCUS adalah menggalakkan dan ia harus dipuji sebagai langkah pertama yang progresif dalam memastikan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama CCUS di rantau ini," jelas kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, memacu masa depan yang lebih baik dan mampan untuk Malaysia mesti disusun berdasarkan teknologi dan inovasi utama peralihan tenaga, rangka kerja dasar yang kukuh dan kerjasama terbuka merentasi pelbagai pihak berkepentingan.
Astro Awani
Fri Jul 28 2023

AmCham menjelaskan, rangka kerja dasar dan perbincangan secara holistik harus diadakan bagi memastikan Malaysia dapat mengekalkan matlamat NETR. - Gambar fail/AmCham

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.

Malaysia cadang tubuh pasukan petugas perkukuh pembangunan sektor tenaga dengan Laos
Perkara itu merupakan antara topik yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hala bersama Menteri Tenaga dan Galian Laos Phoxay Sayasone.

Pengurangan penggunaan bahan api fosil akan burukkan masalah kemiskinan tenaga - CEO Rosneft
Igor Sechin berkata, promosi agresif agenda hijau akan bermakna mengisytiharkan perang tenaga ke atas majoriti penduduk dunia.

Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan - Tinjauan EY
Sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan.

Sambutan Songkran untuk gerak tenaga kukuh perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menyeru rakyat supaya menyingkirkan fitnah, prejudis dan sentimen yang memecah belah, sekali gus merugikan semua pihak.

Oil and Gas Asia 2024 jangka tarik 500 pempamer dari 100 negara
OGA 2024 akan menjadi edisi ke-20, ia bermula pada tahun 1987 sebagai pertunjukan dwitahunan.

NETR serlah komitmen Malaysia terhadap perubahan iklim - AmCham
NETR akan menyerlahkan komitmen Malaysia terhadap perubahan iklim, di samping hala tuju yang jelas kepada cara baharu dan mampan menjalankan perniagaan.

UNITEN, ITPLN secara rasmi ahli pengasas AEU-NET
MoU itu antara lain akan menyumbang kepada usaha rantau ASEAN dalam peralihan ke tenaga mesra alam dan sifar karbon.

Sisa buangan kepada tenaga: Malaysia boleh contohi Sweden
WTE boleh menjadi pelengkap kepada loji penjanaan kuasa bahan api fosil yang sedia ada.

Nik Nazmi fokus isu banjir, tenaga, perubahan iklim dan alam sekitar
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan memberi fokus kepada isu banjir, guna tenaga, perubahan iklim dan penjagaan alam sekitar, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.