KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan dalam persekitaran belian asing dan tempatan yang berterusan, yang akan memberikan dorongan kepada pasaran saham tempatan.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun mencatatkan penurunan selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan, indeks petunjuk pasaran FBM KLCI mengekalkan kedudukan melebihi semua Purata Pergerakan Eksponen (EMA).
"Kecenderungan positif terus disokong oleh EMA yang lebih baik, menunjukkan konsolidasi yang berterusan. Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan berada dalam julat 1,540 hingga 1,570 pada minggu depan, dengan paras sokongan segera pada 1,534, diikuti 1,520.
"Paras halangan seterusnya dikenal pasti pada 1,570," katanya.
Bagi minggu baru berakhir, kontrak bulan semerta Februari 2024 dan Jun 2024, masing-masing meningkat 17.0 mata kepada 1,552.0 dan 1,540.5.
Mac 2024 menambah 16.5 mata kepada 1,534.5 dan September 2024 naik 15.5 mata kepada 1,529.0.
Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 67,986 lot daripada 38,395 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naik kepada 72,416 kontrak daripada 50,371 kontrak sebelum ini.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks utama meningkat 15.56 mata kepada 1,549.11 daripada 1,533.55 minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks utama meningkat 15.56 mata kepada 1,549.11 daripada 1,533.55 minggu lepas. - Gambar hiasan
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India
Pelabur ekuiti kehilangan sekitar 17 trilion rupee India (AS$196 bilion) berikutan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar perdagangan dan tarif Amerika Syarikat (AS).

Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte
Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.

A.S. Memilih: Pasaran saham utama catat peningkatan, Bitcoin cecah paras tertinggi
Bitcoin mencecah paras tertinggi dan dolar diramal untuk melonjak pada kadar harian tertinggi dalam temoh empat tahun.

Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.

Saham 99 Speed Mart naik 12 peratus selepas IPO
Saham 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd naik 12 peratus di hari pertama penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia, hari ini.

Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.

Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti RM394.5 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lepas selepas penjualan bersih selama dua minggu.

Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut hari ini, disebabkan terutamanya aktiviti pengambilan untung dalam kaunter pembinaan, telekomunikasi, utiliti dan tenaga.