KUCHING: Jumlah nilai eksport lada Malaysia mencecah RM54.5 juta sehingga Mei tahun ini yang merupakan satu pencapaian membanggakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pada masa ini juga Malaysia adalah pengeluar lada kelima terbesar dunia selepas Vietnam, Brazil, Indonesia dan India.
"Industri lada negara telah mencatatkan prestasi membanggakan dengan merekodkan nilai eksport sebanyak RM181.4 juta pada tahun 2022 berbanding RM153.5 juta pada tahun 2021.
"(Sehubungan itu), kita berharap agar momentum ini dapat berterusan walaupun dalam keadaan ekonomi global yang sedikit mencabar pada tahun ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran stesen penyelidikan lapangan Lembaga Lada Malaysia (MPB) di sini, hari ini.
Selain itu, Fadillah turut mengingatkan kalangan penggiat industri lada agar mengutamakan aspek kemapanan dalam semua aspek operasi mereka.
"Jika kita mahu pasarkan produk kita pada masa ini, salah satu cabaran utama adalah perlu mempunyai sijil dan mengikut peraturan berkaitan kemapanan terutamanya di pasaran Eropah," katanya.
Menurutnya, bagi memastikan nasib para pekebun kecil lada terus terbela, kementeriannya melalui MPB mengambil inisiatif dengan menyemak semula skim-skim bantuan disediakan untuk pekebun komoditi itu.
MPB telah menaikkan had bagi Skim Tanaman Lada Baru (STLB) kepada RM46,000 sehektar berbanding RM26,000 sehektar dan Skim Tanaman Lada Matang (STLM) kepada RM25,000 sehektar berbanding RM13,000 sehektar.
"Proses semakan semula ini bertujuan memastikan pekebun tidak terkesan dengan kenaikan input pertanian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pada masa ini juga Malaysia adalah pengeluar lada kelima terbesar dunia selepas Vietnam, Brazil, Indonesia dan India. - Foto Facebook/Fadillah Yusof

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Sarawak terajui peranan tangani perubahan iklim menerusi pembangunan lestari
Sarawak teguh dengan dasar penyahkarbonan dan kelestarian, memainkan peranannya dalam perjuangan memerangi perubahan iklim demi kepentingan umat manusia sejagat.
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.

Nilai eksport lada cecah RM54.5 juta setakat Mei lepas - TPM Fadillah
Jumlah nilai eksport lada Malaysia mencecah RM54.5 juta sehingga Mei tahun ini yang merupakan satu pencapaian membanggakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.