KUALA LUMPUR: Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) telah melantik Nor Azman Zainal sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) baharu berkuat kuasa 1 Jan, 2022, menggantikan Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil, yang akan bersara daripada jawatan itu menjelang akhir tahun selepas menerajui kumpulan itu sejak tahun 2007.
Pengerusinya Datuk Mohammed Hussein berkata Nor Azman tidak asing lagi dalam industri insurans dan takaful, beliau telah memegang pelbagai peranan dalam pengurusan kanan dan strategik dengan rekod prestasi cemerlang sepanjang 24 tahun dalam industri insurans hayat dan takaful keluarga sepanjang kerjayanya dengan institusi kewangan multinasional.
"Beliau akan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan perniagaan kumpulan kerana kami mensasarkan untuk meningkatkan perniagaan takaful keluarga kami ke tahap baharu dan mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam industri tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kepakaran Nor Azman dalam insurans dan takaful akan membantu Takaful Malaysia memasuki bab inovasi seterusnya dan mewujudkan visi bersama untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.
"Kami yakin Nor Azman bersama-sama pasukan pengurusan akan menguasai pertumbuhan seterusnya dan mendorong Takaful Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan takaful keluarga kerana kami berada pada kedudukan yang baik untuk terus membina momentum kukuh kami dalam pasaran.
"Melangkah ke hadapan, kami optimis tentang masa depan Takaful Malaysia dan meletakkan harapan supaya perniagaan kami berjalan lancar untuk menjadi peneraju yang berkebolehan serta memastikan rakyat Malaysia terus menikmati keselamatan kewangan dan mendapat manfaat daripada penyelesaian takaful komprehensif dan inovatif yang kami tawarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021

Takaful Malaysia telah melantik Nor Azman Zainal sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) baharu berkuat kuasa 1 Jan, 2022.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
10 Berita Pilihan - (26 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan hingga 2023, peratus kematian meningkat
Lima kanser utama ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, dan hati.
AWANI Tonight: Maintaining neutral ground in ASEAN amid ongoing pressures
Donald Trump’s second term has seen shifts in U.S. foreign policy, impacting global alliances. Taylor’s University’s Julia Roknifard discusses how ASEAN is expected to navigate these evolving dynamics.
AWANI Tonight: Ensuring employee wellbeing amid rising medical costs
Malaysia’s medical cost inflation surged to 15% in 2024. Mun Kiat Ho from Mercer Marsh Benefits Malaysia shares insights on how employers can prioritise staff wellbeing amid escalating healthcare costs.

JAWI diminta selaras masjid dan surau, tingkatkan keselamatan
Perkara itu perlu dilaksanakan segera demi kemaslahatan para jemaah dan anak-anak kariah.

Polis tahan empat individu, rampas 11kg heroin bernilai RM105,600
Ia bermula dengan tangkapan seorang lelaki dan hasil pemeriksaan di dalam sebuah kenderaan, ditemukan 10 bungkusan serbuk dan ketulan.
AWANI Ringkas: Sanusi mohon maaf kepada Amirudin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Consider This: Media Council Bill (Part 2) — Better Flawed Than Never?
Malaysia’s long-awaited Media Council Bill will soon pave the way for the country’s first-ever self-regulatory industry body. But concerns remain: Will the Malaysian Media Council be truly independent, or will government oversight dilute its role? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Firdaus Husni, Chief Human Rights Strategist at the Malaysian Centre for Constitutionalism & Human Rights.

Takaful Malaysia perkukuh legasi 40 tahun dengan program belia
Takaful Malaysia meraikan 40 tahun dengan memperkenalkan Takaful 100 Youth Leadership Program yang fokus kepada kepimpinan belia.

Kaotim oleh Takaful Malaysia, tingkat mobiliti insurans negara
Kaotim, jenama dan platform digital yang diuruskan oleh Takaful Malaysia menawarkan pelbagai pelan perlindungan dalam talian yang komprehensif dan mampu milik.

Kaotim perkenal perlindungan kenderaan dalam talian, sasar RM10 juta jualan menjelang akhir tahun
Kaotim, jenama dan platform digital yang diuruskan oleh Takaful Malaysia, lancar produk baharu, Kaotim Car dan Kaotim Motor, yang menawarkan pelan perlindungan komprehensif dan mampu milik.

Keuntungan bersih Takaful Malaysia tahun kewangan 2023 naik kepada RM346.91 juta
Perolehan menokok kepada RM3.45 bilion, didorong perolehan lebih tinggi yang diraih oleh perniagaan takaful keluarga dan takaful am.

Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.

Takaful Malaysia umum dividen interim 13.5 sen bagi tahun kewangan 2022
Ia diterjemahkan kepada hasil dividen sebanyak 3.89 peratus berdasarkan harga penutup sahamnya sebanyak RM3.47 pada 12 Dis 2022.

Nor Azman Zainal dilantik sebagai GEO Takaful Malaysia berkuat kuasa 1 Jan, 2022
Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) telah melantik Nor Azman Zainal sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) baharu berkuat kuasa 1 Jan, 2022.

Keuntungan sebelum cukai dan zakat Takaful Malaysia naik kepada RM72.57 juta
Pendapatan menokok kepada RM659.84 juta daripada RM633.25 juta, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

BIMB catat untung sebelum cukai, zakat sebanyak RM834.43 juta pada 2015
BIMB Holdings Berhad mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBZT) sebanyak RM834.44 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.