KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis dan lebih selaras dengan keadaan ekonomi yang lebih kukuh.
Bank pusat dalam Ringkasan Pernyataan Dasar Monetari (MPS) bagi Mei 2023 yang dikeluarkan hari in berkata keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk menaikkan OPR kepada tiga peratus daripada 2.75 peratus sebelumnya adalah disebabkan ekonomi Malaysia telah mencatatkan pengukuhan.
"Penting untuk memastikan OPR berada pada tahap yang wajar bagi membendung isu yang boleh timbul daripada tempoh kadar faedah rendah yang berpanjangan contohnya, terlalu banyak pinjaman.
"Kami akan memastikan OPR kita menyokong pertumbuhan yang mampan dan pada masa yang sama terus mengawal inflasi," kata BNM yang menjangkakan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dan Inflasi akan menjadi reda namun masih kekal tinggi.
Tinjauan di laman web BNM menunjukkan OPR dikekalkan pada tiga peratus sejak Mei 2019 sebelum diturunkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Januari 2020 apabila pandemik COVID-19 melanda.
Bank pusat menjangkakan Ekonomi Malaysia kekal berkembang pada tahun ini apabila projek berskala besar terus berjalan dengan lancar dan kadar pengangguran semakin menurun ke tahap sebelum krisis lantas menyokong perbelanjaan isi rumah.
Bilangan kedatangan pelancong yang semakin ramai juga dijangka dapat menyokong perniagaan tempatan, katanya.
BNM berkata, meskipun berdepan cabaran, pertumbuhan global dijangka terus disokong oleh pasaran pekerjaan yang kukuh dan pemulihan ekonomi China.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023

OPR dikekalkan pada tiga peratus sejak Mei 2019 sebelum diturunkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Januari 2020 apabila pandemik COVID-19 melanda. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Penganalisis jangka OPR kekal 3.0 peratus bagi tahun ini
CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 3.00 peratus sehingga akhir 2025.

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
BNM berkata inflasi keseluruhan dan inflasi teras berpurata pada 1.8% pada separuh pertama tahun 2024.

Sektor perbankan kekal menarik, OPR dijangka stabil pada 3 peratus - Kenanga
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) menjangkakan pelabur akan terus memberi tumpuan kepada sektor perbankan yang kekal menarik dalam persekitaran keadaan ekonomi bertambah baik.

Firma penyelidikan jangka BNM kekalkan OPR 3.0 peratus
Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat minggu ini.

BNM diunjur kekalkan OPR 3.0%, namun risiko cenderung ke arah kenaikan - Standard Chartered
Standard Chartered Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3%.

'BNM dijangka kekal OPR 3.0 peratus Khamis ini'
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.0 peratus dalam mesyuarat dasar monetarinya yang akan datang pada 11 Julai.

Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".

BNM mungkin kekalkan OPR sepanjang 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus sepanjang 2024.

Malaysia ada ruang dasar monetari lonjak pertumbuhan ekonomi - Ahli ekonomi
Kadar OPR sejak 2022 telah mewujudkan ruang dasar untuk Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak balas terhadap kemungkinan pertumbuhan ekonomi kurang memberangsangkan.

Kerajaan kekal pendirian tidak tambat ringgit - Ahmad Maslan
Menambat ringgit akan menyebabkan Malaysia hilang uoaya untuk meneruskan dasar monetari dan memaksa Bank Negara Malaysia menaikkan OPR.