Kadar dasar semalaman (OPR) dijangka turun lagi sebanyak 25 mata asas sebelum akhir tahun ini semakan semula dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) akan datang, kata beberapa ahli ekonomi.
Mereka berkata persekitaran makro ekonomi yang cepat berubah disebabkan oleh penularan COVID-19 akan mendorong BNM untuk terus bertindak secara proaktif.
Di peringkat antarabangsa, kebanyakan bank pusat menuju ke arah rejim kadar faedah yang lebih rendah untuk menyokong kestabilan ekonomi makro bagi ekonomi mereka.
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan BNM akan menangguhkan pengurangan OPR dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada Khamis kerana data ekonomi baru-baru ini seperti jualan kenderaan, eksport dan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) adalah baik.
Ia memberi petunjuk tiada keperluan mendesak akan dilakukan BNM berdasarkan kepada kadar penanda aras telah dikurangkan sebanyak 125 mata asas antara bulan Januari dan Julai tahun ini dan ia berada pada tahap terendah.
"Bank Negara telah bertindak proaktif dalam memberi sokongan kepada ekonomi menerusi dasar monetari yang berkembang.
"Justeru, ia munngkin sebab utama kenapa pasaran menjangkakan akan berlaku penurunan OPR sekali lagi di mesyuarat MPC pada November, 2020," katanya kepada Bernama.
BNM telah mengurangkan OPR sebanyak empat kali tahun ini menjadikannya kepada1.75 peratus, paras terendah dicatatkan sejak 2004.
MPC akan bermesyuarat pada Khamis sebelum mengadakan mesyuarat terakhir pada 3 November depan.
Mengenai apakah pengurangan OPR sekali lagi boleh menjadi faktor untuk dipertimbangkan MPC bagi membantu majoriti para peminjam, Afzanizam yakin ia dapat membantu mereka (peminjam).
"Namun, kami yakin anggota MPC juga akan melihat perkara yang lebih luas seperti penyaluran dasar monetari kepada ekonomi dan bagaimana syarikat perniagaan dan isi rumah respons terhadap dasar tersebut.
"Ada juga faktor luaran seperti ekonomi global, harga komoditi dan risiko geopolitik yang akan memberi kesan secara langsung kepada bagaimana anggota MPC akan menilai ekonomi," katanya.
Mengenai sama ada kadar faedah yang lebih rendah akan terus menarik aliran modal asing, Afzanizam percaya pelabur akan melakukan usaha wajar sebelum membuat keputusan untuk melabur.
"Bagaimanapun, Malaysia boleh memberikan hasil yang lebih baik berbanding Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Kesatuan Eropah dan Jepun.
"Sama ada BNM akan mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas esok, masih ada banyak ruang jika kita membandingkan kadar Malaysia dengan kadar Rizab Persekutuan AS yang ketika ini berada pada 0.25 peratus," katanya.
Mengenai pertumbuhan ekonomi, Afzanizam berkata ia akan lebih baik separuh pertama berdasarkan jumlah industri yang positif untuk sektor automotif bagi Julai yang meningkat hingga lebih dari 57,000 unit yang didorong oleh pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi Nasional (PENJANA).
"Oleh itu, rangsangan fiskal itu sangat efektif dalam merangsang ekonomi. Ia juga mungkin memberi kesan kepada keputusan BNM terhaadap OPR, iaitu tidak mahu merangsangkan ekonomi secara berlebihan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed berkata BNM telah memainkan peranannya dengan bijak di pasaran.
"Setakat ini, BNM bertindak secara berhati-hati dalam dalam menurunkan kadar kerana ia memberi ruang untuk mengurangkan OPR sekali lagi sekiranya perlu," katanya.
Menurut Shan, BNM telah menggunakan langkah taktikal dengan mengawal inflasi harga dengan memperkukuhkan ringgit dan langkah monetari yang berhemah untuk memberi kesan kepada ekonomi.
Mengenai pertumbuhan, beliau menjangkakan ekonomi Malaysia akan stabil dan permintaan agregat akan menjadi terkawal menjelang Disember, 2020.
Shan berkata keadaan ekonomi bakal pulih pada akhir tahun dengan mod pertumbuhan positif.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 09 2020

"Bank Negara telah bertindak proaktif dalam memberi sokongan kepada ekonomi menerusi dasar monetari yang berkembang. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.

CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.

Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.

Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.

Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.

Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.

Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.

Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.