ORACLE dan sekumpulan pelabur yang turut menyertakan Microsoft kini dilaporkan sedang dalam usaha untuk mengambil operasi TikTok, termasuk pada peringkat global.

Di bawah kerjasama yang sedang diusahakan, Bytedance disasar mempunyai pegangan minoriti pada syarikat baharu TikTok, sementara algoritma, kemas kini perisian dan sebagainya diuruskan oleh Oracle.

Untuk makluman, Oracle sedia menawarkan perkhidmatan infrastruktur web untuk operasi TikTok. Buat msa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Bytedance akan bersetuju untuk langkah ini atau sebaliknya. Sebelum ini sendiri, mereka mengambil langkah menghentikan operasi di Amerika Syarikat berbanding menjual operasi di negara tersebut ke syarikat tempatan.

Syarikat TikTok pada peringkat global disasar bernilai sekitar $200 bilion.

Buat masa ini, tiada sebarang pihak mengeluarkan komen rasmi, termasuk pihak ByteDance sendiri.