KUALA LUMPUR: Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan skim pelaburan meragukan yang menggunakan nama syarikat perancangan kewangan yang sah.
Dalam kenyataan hari ini, FPAM berkata pihak terbabit akan menggunakan nama utama syarikat perancangan kewangan dalam syarikat palsu untuk mengelirukan orang ramai selain melibatkan mereka dalam kumpulan sembang media sosial dengan berpura-pura mewakili syarikat perancangan kewangan yang sah.
"Mereka turut menawarkan skim pelaburan meragukan yang menawarkan pulangan tinggi dan berkongsi testimoni pelabur palsu untuk menunjukkan bukti resit pemindahan dan membuat keuntungan untuk meraih keyakinan mangsa berpotensi," katanya.
Menurut persatuan itu, nama sembilan syarikat perancangan kewangan yang kesemuanya adalah ahli FPAM, diklon untuk mempromosikan skim yang menyalahi undang-undang.
"Nama sebenar syarikat adalah Wealth Vantage Advisory Sdn Bhd, Genexus Advisory Sdn Bhd, Excellentte Consultancy Sdn Bhd, Alpine Advisory Sdn Bhd, UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd, CC Advisory Sdn Bhd, Harveston Wealth Management Sdn Bhd, iFast Capital Sdn Bhd dan Kenanga Investors Bhd," katanya.
Bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan, FPAM menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) senarai individu berlesen dan berdaftar selain membuat semakan dengan syarikat perancangan kewangan tersebut sebelum membuat sebarang pembayaran atau pelaburan.
"Mangsa penipuan hendaklah segera melaporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 dan turut membuat laporan kepada SC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023

FPAM berkata pihak terbabit akan menggunakan nama utama syarikat perancangan kewangan dalam syarikat palsu untuk mengelirukan orang ramai.- Gambar hiasan/Unsplash
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Orang ramai dinasihat berhati-hati penipuan firma perancangan kewangan palsu - FPAM
Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan skim pelaburan meragukan yang menggunakan nama syarikat perancangan kewangan yang sah.