KUALA LUMPUR : Susulan kejayaan Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2021 edisi pertama, ia akan diteruskan tahun hadapan sekitar September di Subang.
Menurut Exco Industri dan Perdagangan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikannya sebagai program utama industri aeroangkasa.
“Susulan pencapaian edisi SAS2021 pada 25 hingga 27 November yang memberangsangkan, acara pada tahun depan juga dijangka mempamerkan lebih banyak pesawat selain penyertaan lebih ramai pempamer.
"Acara Pameran Penerbangan Selangor ini sudah pastinya akan menjadi program utama dalam industri aeroangkasa negeri ini.
“Saya juga gembira untuk mengumumkan bahawa, ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 berjumlah RM2.34 bilion, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari telah menambah peruntukan lebih besar sebanyak RM5 juta bagi edisi SAS2022 ini.
“Peruntukan ini pastinya dapat membantu kita merancang acara SAS yang lebih besar dan hebat untuk anda semua,” katanya sewaktu berucap pada majlis penutup SAS 2021 pada Ahad.
Untuk rekod, SAS 2021 diadakan bermula 25 hingga 27 November lepas turut melibatkan peserta pameran antarabangsa termasuk Brazil, Perancis, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat.
Acara julung kali ini akan menghimpunkan 43 peserta pameran yang mewakili industri aeroangkasa dan penerbangan terbaik di dunia mempamerkan pameran mereka sama ada di landasan mahupun di ruang pameran.
Astro Awani
Mon Nov 29 2021

Chang Khim ketika berucap pada majlis penutup SAS 2021 pada Ahad.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

SAS 2024 jangka 25,000 pelawat, potensi transaksi RM1.3 bilion
Invest Selangor Berhad menjangkakan potensi transaksi bernilai RM1.3 bilion pada penganjuran SAS 2024 yang akan berlangsung di RAC, Skypark pada 12 hingga 14 September ini.

Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2023 kembali dengan edisi ketiga
SAS 2023 bakal menampilkan pempamer tempatan dan antarabangsa yang mengetengahkan pelbagai produk dan perkhidmatan terkini termasuk dalam segmen penerbangan am dan perniagaan.

Kerajaan akan bantu industri penerbangan tangani cabaran - Tengku Zafrul
Kerajaan menyedari cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan tempatan, sekali gus mencari kaedah untuk membantu industri tersebut menanganinya.

Pameran Penerbangan Selangor 2022 sasar potensi nilai transaksi RM700 juta
Ia dijangka bakal menarik 10,000 pengunjung dengan penyertaan 63 ruang pameran dan 58 syarikat dari dalam dan luar negara.

Pameran Penerbangan Selangor diteruskan tahun hadapan
Susulan kejayaan Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2021 edisi pertama, ia akan diteruskan tahun hadapan sekitar September di Subang.