KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) atau MUEFTA yang tertangguh sejak 2012, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Senator Datuk Lim Ban Hong.
Bagaimanapun, katanya, keputusan tersebut akan dibuat secara teliti dan mengambil kira kepentingan semua pihak selain perlu mendapat mandat jemaah menteri.
Menurutnya, rundingan tersebut telah tertangguh berikutan kegagalan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat bagi meneruskan rundingan berkaitan isu-isu sensitif seperti Perolehan Kerajaan, Dasar Bumiputera, Hak Harta Intelek termasuk Petunjuk Geografi dan Halal.
"Keputusan menyambung semula rundingan ini perlu dibuat dengan teliti setelah mengambil kira kepentingan semua pihak kerana EU telah membuat permintaan tinggi dalam isu-isu tertentu.
"Semua perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang ditandatangani oleh Malaysia perlu memberi manfaat jelas dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang memberi kesan negatif kepada negara dan rakyat," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr Ong Kian Ming (PH-Bangi) yang meminta MITI menyatakan status terkini perbincangan FTA di antara Malaysia dan Persatuan Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah (EFTA) dan pendirian terkini kerajaan mengenai MUEFTA.
Lim berkata kerajaan turut menyedari kepentingan EU sebagai antara rakan dagang dan sumber pelaburan utama Malaysia dan MITI sejak tahun lepas telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pihak industri dan pemegang taruh untuk mendapatkan maklum balas mengenai kewajaran Malaysia menyambung semula rundingan MUEFTA.
Menurutnya, hasil daripada sesi libat urus tersebut, majoriti responden berpendapat bahawa rundingan itu perlu disambung semula, khususnya bagi memperluas akses pasaran serta meningkatkan daya saing syarikat-syarikat pengeksport tempatan.
"MITI juga baru-baru ini telah mengadakan perbincangan dengan Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia serta mengutus surat kepada kesatuan itu berhubung hasrat Malaysia untuk meneliti dan membincangkan semula hala tuju MUEFTA," katanya.
Pada 2017, Malaysia dan EU telah mengadakan beberapa pertemuan bagi menilai tahap kesediaan masing-masing untuk menyambung semula rundingan MUEFTA.
Berikutan tiada perkembangan positif, Jemaah Menteri pada 18 Sept 2019 bersetuju menangguhkan rundingan FTA dengan EU sehingga kedua-dua pihak bersedia membincangkan isu kompleks dan sensitif.
Selain itu, mengulas perbincangan FTA di antara Malaysia dan EFTA -- gabungan empat negara iaitu Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein, beliau berkata pusingan ke-12 rundingan itu akan diadakan pada Januari 2022.
Menurutnya, rundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi di antara Malaysia dan EFTA (MEEPA) merangkumi pelbagai bidang dengan sejumlah 14 kumpulan kerja ditubuhkan bagi membincangkan bab-bab di bawah perjanjian itu.
Beliau menegaskan, sesi perbincangan dengan pemegang taruh juga giat dijalankan untuk memastikan MEEPA memberi manfaat kepada negara dan tidak membawa kesan negatif kepada rakyat.
"Bab halangan teknikal perdagangan telah berjaya dimuktamadkan semasa pusingan ke-10, yang berlangsung dari 25 hingga 28 Mei 2021 manakala rundingan prosedur kastam dan fasilitasi perdagangan, peraturan dan pelaburan menunjukkan kemajuan yang memuaskan.
"Bagaimanapun rundingan akses pasaran, hak harta intelek, perdagangan dan pembangunan lestari serta perolehan kerajaan masih tidak menunjukkan perkembangan yang ketara memandangkan Malaysia dan EFTA berbeza pendirian dan pendekatan isu-isu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021

Lim berkata keputusan tersebut akan dibuat secara teliti dan mengambil kira kepentingan semua pihak selain perlu mendapat mandat jemaah menteri. - Gambar fail

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Parlimen: Kerajaan bercadang sambung semula rundingan MUEFTA - MITI
Kerajaan bercadang menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) atau MUEFTA yang tertangguh sejak 2012.