Pasaran kewangan dalam negara kekal teratur, stabil serta terus berfungsi secara berkesan selain turut melancarkan aktiviti peserta pasaran selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Malah, secara keseluruhannya, sentimen dan reaksi pelabur juga terbukti positif, kata Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC), badan yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dalam satu kenyataan pada Selasa.
"Sejak pasaran ringgit dibuka semula pada Isnin, ringgit didagangkan pada harga yang menyamai paras harga sebelum PRU14 iaitu dalam sekitar 3.95 selepas mencatat 3.97 pada dagangan awal.
"Ini menunjukkan keyakinan berterusan pelabur terhadap kerajaan baharu Malaysia," kata Presiden Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia, Datuk Lee Kok Kwan yang dipetik dalam kenyataan itu.
Pasaran pertukaran asing dalam negara juga kekal aktif dengan mencatatkan purata jumlah dagangan harian melebihi US$15 bilion selepas pilihan raya.
Pasaran domestik utama lain termasuk bon kerajaan, bon korporat dan pasaran wang terus kekal disokong oleh para pelabur, sebagaimana dibuktikan oleh nisbah bida liputan setakat tahunan ini yang paling kukuh sebanyak 3.4 kali bagi pembukaan semula Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) untuk tempoh tujuh tahun.
Malah, usaha pengantaraan kewangan juga terus lancar dan didorong oleh mudah tunai secukupnya dalam pasaran.
FMC berkata asas-asas ekonomi Malaysia kekal stabil dan terus diperkukuhkan oleh lebihan akaun semasa, kedudukan rizab yang kukuh, tahap hutang luar yang rendah dan sistem perbankan dengan modal yang baik.
"Kita akan terus memantau perkembangan ini serta bekerjasama dengan peserta pasaran kewangan. Ini termasuk mengambil langkah-langkah proaktif untuk menangani ketidaktentuan yang mungkin disebabkan oleh proses peralihan dalam usaha memastikan perjalanan pasaran kewangan yang teratur, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 15 2018
![Pasaran kewangan dalam negara kekal stabil - FMC Pasaran kewangan dalam negara kekal stabil - FMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442071299_KUALALUMPUR.jpg)
Asas-asas ekonomi Malaysia kekal stabil dan terus diperkukuhkan oleh lebihan akaun semasa, kedudukan rizab yang kukuh, tahap hutang luar yang rendah dan sistem perbankan dengan modal yang baik. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738911426_TBdoctor.jpg)
Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.
![BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737534760_tbBANKNEGARA.jpg)
BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.
![Makmal Inovasi Kewangan Iklim dijangka beroperasi pada separuh pertama 2025 - BNM Makmal Inovasi Kewangan Iklim dijangka beroperasi pada separuh pertama 2025 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737534760_tbBANKNEGARA.jpg)
Makmal Inovasi Kewangan Iklim dijangka beroperasi pada separuh pertama 2025 - BNM
CFIL bertujuan mempercepat pembangunan penyelesaian kewangan iklim yang inovatif bagi meningkatkan aliran kewangan ke arah peralihan dan aktiviti hijau.
![Pemansuhan kadar faedah rata pinjaman peribadi boleh kekang hutang isu rumah, risiko bankrap Pemansuhan kadar faedah rata pinjaman peribadi boleh kekang hutang isu rumah, risiko bankrap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-11/81542273711_EmptyWallet.jpg)
Pemansuhan kadar faedah rata pinjaman peribadi boleh kekang hutang isu rumah, risiko bankrap
Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah.
![Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024 Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.1 bilion (AS$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding AS$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.
![BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734005924_AmirHamzah.jpg)
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
![Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024 Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
![Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731082054_onlineshopping.jpg)
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
![Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723794438_BNM.jpg)
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
![Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024 Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725432210_BankNegaraMalaysia.jpg)
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.