Perkembangan ekonomi global akan terus mempengaruhi prospek pasaran modal domestik pada tahun 2020 dengan turun naik didorong terutamanya oleh arah dan kadar pertumbuhan ekonomi dunia dan pendirian dasar monetari selain ketidaktentuan ketegangan perdagangan dan geopolitik dunia.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam Laporan Tahunan 2019 yang dikeluarkan hari ini turut berpandangan yang prospek dalam negara yang lebih baik boleh berlaku dan berterusan untuk tahun ini.
Ia juga akan mempengaruhi prestasi pasaran modal tempatan, yang berkembang mencecah RM3.2 trilion pada tahun 2019.
"Walaupun begitu, pasaran modal Malaysia akan terus mendukung pertumbuhan ekonomi melalui pembiayaan pengembangan perniagaan dan infrastruktur.
"Kegiatan di pasaran modal global akan terus dibentuk oleh perkembangan ekonomi global dan keadaan kewangan global yang relatif mudah, dibantu oleh prospek kebijakan monetari global yang akomodatif," kata Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar, .
Mengimbas kembali, SC mengatakan bahawa pada tahun 2019, pasaran modal domestik terus memainkan peranan penting dalam membiayai ekonomi Malaysia.
Menurut SC, pasaran modal Malaysia berkembang menjadi RM3.2 trilion pada tahun 2019 daripada RM3.1 trilion tahun sebelumnya.
Untuk 2019, SC memaklumkan sekuriti hutang tertunggak dan permodalan pasaran ekuiti masing-masing berjumlah RM1.5 trilion dan RM1.7 trilion. Sepanjang tahun 2018, sekuriti hutang tertunggak dan permodalan pasaran ekuiti pula masing-masing berjumlah RM1.4 trilion dan RM1.7 trilion.
"Walaupun terdapat latar belakang global yang mencabar dan pembaharuan dasar dalam negeri yang berterusan, pasaran modal Malaysia menyaksikan aktiviti pengumpulan dana yang lebih tinggi pada tahun ini, dengan jumlah dana yang diperoleh dalam pasaran bon dan ekuiti berjumlah RM139.4 bilion pada tahun 2019 berbanding dengan RM114.6 bilion pada tahun 2018.
"Cara penggalangan dana alternatif juga terus mendapat daya tarikan, terutamanya dalam pembiayaan ECF (ekuiti crowdfunding) dan P2P (peer-to-peer), dengan jumlah dana yang diperoleh lebih dari dua kali ganda menjadi RM443.8 juta (2018: RM195.9 juta)," tambah Datuk Syed Zaid lagi.
Ibrahim Sani
Thu Apr 16 2020
"Kegiatan di pasaran modal global akan terus dibentuk oleh perkembangan ekonomi global dan keadaan kewangan global yang relatif mudah," kata Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar. - Gambar fail
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Anggota ASEAN perlu fokus pembangunan mampan sebagai satu kumpulan - Pakar
Jeffrey D Sachs, profesor ekonomi terkemuka dari Universiti Columbia berkata, ekonomi baharu itu sedang berusaha menjadi mampan alam sekitar.
Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan
Moody's Ratings menyatakan bahawa kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi Korea Selatan setakat ini masih terhad.
ASEAN25: Meja bulat ASEAN-BRICS perkukuh kerjasama kalangan pasaran pesat membangun
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia boleh mencadangkan satu perbincangan meja bulat antara Asia Tenggara dengan negara BRICS untuk meneroka koridor perdagangan baharu.
ASEAN perlu berupaya pacu pertumbuhan ekonomi global - PM
Tegas Anwar, ASEAN tidak lagi boleh sekadar menjadi pemerhati, tetapi perlu menjadi peneraju dalam membentuk hala tuju ekonomi serantau.
Malaysia, Indonesia komited angkat kekuatan ekonomi kedua negara - PM
Kerjasama sektor digital yang menjadi teras transformasi ekonomi masa depan adalah antara isu yang akan dibincangkan.
Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia sebagai lokasi perniagaan selamat
Jenayah senyap yang menjejas ekonomi global itu tidak hanya melibatkan individu, namun secara ketara turut merencatkan ekonomi.
Kerjasama global terbantut selepas berada dalam aliran meningkat selama sedekad - WEF
Walaupun terdapat krisis keselamatan global, momentum positif dalam kewangan iklim, perdagangan dan inovasi telah memberikan sedikit harapan.
Ketua konservatif EU mahu kenakan tarif jika AS laksana tarif ke atas EU
Parlimen Eropah digesa bertindak balas jika Amerika Syarikat mengenakan tarif import yang lebih tinggi terhadap Kesatuan Eropah (EU).
Ekonomi Singapura berkembang 4.3 peratus pada suku keempat pada 2024 - MTI
Bagi sepanjang tahun itu, ekonomi negara itu berkembang sebanyak 4.0 peratus, mengatasi pertumbuhan 1.1 peratus pada 2023.
ASEAN25: Malaysia perlu cadang langkah tambahan manfaatkan ZOPFAN bantu ekonomi rakyat – Bekas Duta Besar
Malaysia perlu memanfaatkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi meningkatkan kegiatan ekonomi berasaskan rakyat di Malaysia dan negara-negara anggota.