KUALA LUMPUR: Pengusaha pelancongan digesa mengguna pakai teknologi digital dalam perniagaan mereka, agar lebih bersedia apabila sektor berkenaan dibuka semula selepas pandemik COVID-19 kelak.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Dr Noor Zari Hamad berkata pihaknya mengalu-alukan inisiatif pendigitalan yang memberi nilai tambah kepada industri berkenaan, selaras dengan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030.
"Krisis ini sememangnya satu peluang untuk menilai semula keseluruhan industri perjalanan dan pelancongan untuk masa akan datang.
"Saya percaya tranformasi digital akan membantu menyemarakkan semula industri," kata dalam ucaptama bertajuk 'Leading the Way to Revive the Malaysian Tourism and Travel Industry in the Post COVID-19 sempena ekspo pelancongan yang diadakan secara maya di Virtual Tourism Expo 2021 (VTE2021)' pada Khamis.
Noor Zari berkata antara fokus Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 adalah menghidupkan semula pelancongan tempatan, memulihkan keyakinan pelancong untuk melancong, latihan semula dan peningkatan kemahiran, mempromosi pembangunan pelancongan mampan dan memperkukuh kerjasama awam-swasta.
Sementara itu, Presiden Persatuan Teknologi Pelancongan Digital Malaysia (DiTTAM) Rohizam Md Yusoff dalam ucapannya berkata persatuan itu menyediakan solusi digital sebagai alternatif baharu kepada industri dan pelancong.
"Kami percaya sekarang adalah masa yang sesuai untuk menginovasi dan mendidik semula serta mempelajari semula kemahiran-kemahiran baharu dan norma baharu ini telah memberi ruang kepada kita untuk mengumpul dan memfokuskan semula tenaga bagi menghasilkan sesuatu yang baharu.
"Menerusi VTE 2021 ini, kami sedaya-upaya mencuba untuk menonjolkan pameran fizikal dengan mengadakan ekspo interaktif 3D bagi pengalaman berciri tiga dimensi dan menarik, bukan sahaja kepada pengunjung tetapi juga untuk para pempamer. Ia adalah sebahagian daripada strategi DiTTAM untuk menerapkan unsur digital dalam industri pelancongan," katanya.
Ekspo tersebut, yang merupakan kerjasama antara Tourism Malaysia, pejabat pelancongan negeri dan penggiat industri tempatan, bertujuan mempromosi pelancongan tempatan secara pemasaran maya, bagi membolehkan penggiat industri terlibat secara langsung dalam menawarkan pakej-pakej dan perkhidmatan domestik.
VTE 2021 akan diadakan secara maya selama tiga hari bermula 27 Ogos (Jumaat) dari 10 pagi hingga 10 malam, di Pusat Konvensyen Maya DiTTAM dengan penyertaan lebih 120 pempamer terdiri daripada pengusaha hotel, taman tema dan ejen pelancongan.
Pengunjung dipelawa menyertai ekspo secara percuma dengan mendaftar di laman web VTE2021 di https://vte2021.malaysiaexpo.net.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
Inisiatif pendigitalan memberi nilai tambah kepada industri berkenaan, selaras dengan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Kemboja, Laos setuju laksana empat strategi tingkat kerjasama dua hala
Kemboja-Laos kedua telah bersetuju dengan empat perkara utama yang dijangka dapat meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelancongan dua hala antara dua negara itu.
Tourism Malaysia pergiat aktiviti promosi pelancongan ASEAN
Tourism Malaysia akan laksana lebih banyak misi jualan strategik di kawasan sempadan Malaysia dengan Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.
TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.
Jumpa silinder konkrit dalam Sungai Trolak, apa fungsinya ketika Perang Dunia Kedua?
Sebelum ini banyak pengkaji sejarah hanya bergantung kepada rekod bertulis yang ia pernah diguna ketika Pertempuran Slim pada 7 Januari 1942.
Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa
Langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.
Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.
Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.
2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina
Lebih 2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina dengan purata 200,000 kenderaan sehari.
Hubungan Malaysia-China melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.