KUALA LUMPUR: PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) setinggi RM536 juta untuk suku pertama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (1Q 2023).
Kumpulan itu terus mencatatkan keuntungan walaupun mengalami ketidaktentuan ekonomi sedunia serta permintaan yang semakin berkurang daripada pengguna dan juga sektor pembuatan.
Bagi tempoh itu, PAT 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 11% pada suku pertama berbanding dengan RM484 juta pada suku keempat 2022.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata syarikat telah mencatatkan suku yang kukuh walaupun berhadapan dengan permulaan tahun yang mencabar.
“Meskipun kami telah mengenal pasti beberapa pergerakan yang menggalakkan di daerah tertentu pada suku pertama, sektor kimia secara keseluruhan masih kekal berhati-hati lantaran harga tenaga yang masih tidak menentu,” katanya, dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Yusri turut memaklumkan syarikat akan terus berhati-hati terhadap prospek bagi tahun 2023 berikutan perkembangan terkini sektor perbankan Amerika Syarikat dan potensi kesannya terhadap ekonomi sedunia.
Ini termasuk konflik Rusia-Ukraine yang berpanjangan dan pemulihan China yang lebih perlahan daripada jangkaan.
Sementara itu, operasi loji petrokimia di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) beroperasi semula secara beransur bermula akhir tahun lepas.
“Kerja-kerja pemulihan berjalan dengan lancar setakat ini, dan kami menjangka untuk menjalankan operasi sepenuhnya untuk loji kami di PIC pada suku keempat tahun ini,” tambahnya.
Kenyataan Media
Mon May 29 2023
![PCG catat keuntungan lepas cukai RM536 juta pada suku pertama PCG catat keuntungan lepas cukai RM536 juta pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685341725_TBPETRONAS.jpg)
Syarikat telah mencatatkan suku yang kukuh walaupun berhadapan dengan permulaan tahun yang mencabar.- Gambar fail
![Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739355489_USA.jpg)
Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS
Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar dana persekutuan berikutan kekuatan ekonomi semasa.
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704257934_TBMOHDFAREDMOHD.jpg)
Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).
![Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355908_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan.
![Keuntungan TNB menyusut 46.7 peratus Keuntungan TNB menyusut 46.7 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81594271695_tnb.jpg)
Keuntungan TNB menyusut 46.7 peratus
Keuntungan selepas cukai kumpulan Tenaga Nasional Berhad (TNB) susut 46.7 peratus kepada RM1.41 bilion pada Separuh Pertama Tahun Kewangan 2020 berbanding RM2.65 bilion dalam tempoh sama pada 2019.