KUALA LUMPUR: Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menaikkan bilangan permit import (AP) kenderaan terpakai.
Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin, berkata pihaknya meminta kenaikan daripada 35,000 kepada 50,000 unit setahun, dengan mengekalkan fi import sebanyak RM10,000 setiap unit.
Beliau berkata, peningkatan kenderaan import akan membawa faedah kepada semua pihak yang terlibat dalam industri berkenaan dan industri hiliran.
Nazari yakin langkah tersebut akan dapat menambah penjanaan ekonomi melebihi RM2 bilion setiap tahun yang disumbangkan oleh industri kenderaan import.
"Selain itu ia juga mendatangkan hasil fi import kenderaan kepada MITI, manakala Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pula akan dapat kutipan hasil daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan.
"Ia juga akan menjana pendapatan kepada industri lain yang terlibat seperti perbankan, insurans, waranti kenderaan dan lain-lain.
“Saya amat berharap agar MITI dapat meluluskan permohonan ini agar dapat memberi ruang yang lebih besar bagi pertumbuhan dalam pasaran kenderaan negara kereta," katanya.
Nazari berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan Pekema KE-42 yang berlangsung di KLCC, di sini, pada Sabtu.
Majlis perasmian mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Mengulas lanjut, Nazari berkata, dasar kerajaan memperkenalkan Dasar AP Terbuka telah meningkatkan jumlah pemegang AP daripada 100 syarikat kepada 300 syarikat sehingga kini.
Oleh itu, katanya peruntukan AP sebanyak 35,000 setahun ketika ini adalah tidak mencukupi untuk diguna pakai oleh keseluruhan ahli Pekema.
"Dari segi peratusan jualan ia hanya 6.8% daripada TIV sebanyak 725,000 oleh MAA untuk tahun 2023. Selain daripada itu tidak semua kenderaan ahli Pekema dapat dijual pada tahun kemasukan kenderaan tersebut," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, pihaknya akan membuat penilaian berdasarkan data terkini bersama Pekema dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi tujuan tersebut.
“Had kepada 50,000 unit dimohon kerana tahap yang ada sekarang iaitu 35,000 unit sudah lebih 30 tahun dan tidak memberi gambaran apa yang telah berlaku dalam masa tahun ini.
“Kementerian akan memperhalusi dan akan bekerjasama dengan Pekema untuk mencari asas justifikasi kenapa tahap ini perlu dilihat semula,” ujarnya.
Dalam pada itu, pada mesyuarat berkenaan, Datuk Zainuddin Abd Rahman yang telah memimpin Pekema lebih dari satu dekad mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan Presiden Pekema.
"Keputusan ini dibuat demi membuka peluang kepada pemimpin baharu untuk mengambil alih tampuk kepemimpinan dalam persatuan ini," katanya.
Astro Awani
Sun Nov 26 2023

Tengku Zafrul beramah mesra dengan ahli Pekema sambil diperhatikan Zainuddin selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pekema ke-42 di KLCC, pada Sabtu.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.
Suri rumah tikam suami hingga mati, tidak beri respons
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah pangsapuri di Bandar Teknologi, Semenyih, pada 16 Februari lalu.

PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Vietnam esok, sampai ucaptama pada ASEAN Future Forum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam bermula esok dan akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu.

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.

Pekema anjur larian amal, sumbang keperluan pendidikan
PEKEMA Go Green Charity Run 2024 yang buat julung kali diadakan mendapat sambutan luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat.

CADB, NMSB tandatangani MoU, teroka kerjasama teknikal CKD strategik EV
Malaysia berpeluang menjadi pusat serantau untuk pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV) Dongfeng Box buatan Dongfeng Motor (DFM).

Pekema saran kawalan ketat pemberian AP terbuka
Pekema menggesa kerajaan mengawal jumlah syarikat diberi permit import (AP) terbuka untuk memastikan industri automotif kekal berdaya saing.

Pekema mohon MITI tambah AP kenderaan import terpakai
Pekema mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menaikkan bilangan permit import (AP) kenderaan terpakai.

Pemegang AP nafi dapat 'keuntungan melampau' jual EV - Pekema
Katanya, margin keuntungan yang diambil pengimport berbanding harga kilang ketika menjual semula kereta tersebut di Malaysia adalah normal.

PEKEMA gesa kerajaan segera ratifikasi CPTPP
Melalui pelaksanaan Perjanjian ini, Malaysia bakal mendapat manfaat akses pasaran baharu di Kanada, Mexico dan Peru.

Pemansuhan AP Terbuka jejas penggiat industri, pendapatan negara - Pekema
Pemansuhan AP Terbuka bagi kenderaan terpakai yang dijadualkan Disember ini tidak hanya menjejaskan kalangan penggiat industri kereta berkenaan tetapi turut memberi kesan terhadap pendapatan negara.

BAJET 2015: Hapus Levi AP untuk harga kereta lebih murah - PEKEMA
Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mencadangkan supaya kerajaan menimbang untuk menghapuskan levi sebanyak RM10,000 untuk permit import (AP) terbuka.