KUALA LUMPUR: Pelabuhan-pelabuhan di Malaysia tidak berurusan secara langsung dengan mana-mana pelabuhan di Ukraine, sebaliknya, lebih menumpukan pelabuhan di Turki dan Malta 2, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata justeru, kesan langsung akibat krisis Rusia-Ukraine yang masih diteliti pihaknya bukanlah dari segi impak ke atas pelabuhan tetapi terhadap perniagaan.
"Secara langsungnya kita tidak berurusan dengan pelabuhan di Ukraine, kecuali kita ada komitmen atau kesalinghubungan pelabuhan-kepada-pelabuhan...tetapi ini lebih kepada pelabuhan, dengan pelabuhan Turki dan Malta.
"Dalam soal ini kita masih lagi melihat kesannya, bukan kesan kepada pelabuhan...kita melihat kepada perniagaan dan kita kekal berpandukan Wisma Putra dan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran serta Persidangan Pelabuhan dan Perkapalan ASEAN ke-19 di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesan konflik Rusia-Ukraine secara langsung ke atas pelabuhan Malaysia.
Wee berkata Malaysia berpandukan dasar kerajaan yang sentiasa menghormati keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang selain apa juga komitmen negara kepada antarabangsa akan dipatuhi.
Selain itu, beliau juga berkata dua pelabuhan Malaysia berjaya menempa kedudukan sebagai antara 20 pelabuhan paling sibuk di dunia pada 2021.
Pelabuhan Klang di Selangor mengekalkan prestasinya di kedudukan ke-12 manakala Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor berada di kedudukan ke-15, katanya.
"Pelabuhan Klang sebenarnya mampu mengatasi Pelabuhan Dubai dengan beza TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) sebanyak 20,000 sahaja sekiranya negara tidak menghadapi kekangan akibat banjir pada hujung tahun lepas," katanya.
Wee berkata secara purata operasi seharian di pelabuhan tersebut adalah sekitar 35,000 TEU.
Bagaimanapun, Malaysia berjaya merekodkan pencapaian luar biasa bagi sektor maritim pada 2021 dalam situasi kekangan ekoran pandemik COVID-19, katanya.
"Pada mulanya sektor ini mengalami penguncupan tetapi kemudian pulih dengan cepat. 90 peratus daripada perdagangan kita adalah melalui laut.
"Jadi, sebab itulah kenapa 'no shipping, no shopping' (tiada penghantaran melalui kapal, tiada beli-belah). Ini merupakan sumbangan terbesar maritim di Malaysia," katanya.
Beliau berkata Kementerian Pengangkutan akan meneruskan usaha yang bukan sahaja untuk mengekalkan prestasi sektor tersebut malah demi masa depannya.
"Kita kena buat transformasi dari segi digitalisasi, dari segi pengoperasian, elektronik dan tanpa kertas serta pada masa sama mengurangkan masa menunggu dan lebih memfokuskan kelestarian alam sekitar," katanya.
Secara berasingan, Pengerusi Persatuan Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia (MASA) Mohamed Safwan Othman berkata persatuan menjangka kapal Rusia akan mendapat sekatan daripada banyak negara termasuk Amerika Syarikat.
"Kami sedang menunggu keputusan rasmi daripada kerajaan kita berhubung isu ini. Kami akan terus berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai perkara ini," katanya sambil menambah Malaysia mengimport arang batu dari Rusia tetapi hanya kira-kira kurang lima peratus daripada jumlah import.
Bagaimanapun, import ini tidak semestinya menggunakan 100 peratus kapal berkaitan Rusia, katanya.
"Kami turut mengimport petroleum ditapis dan petroleum mentah dari Rusia dan kami mengeksport kebanyakan daripada petroleum mentah gred tinggi kami. Kami turut mengimport banyak jentera elektrik," katanya.
Mohamed Safwan berkata Malaysia mengeksport getah dan minyak sawit melalui kapal asing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022

Ka Siong berkata, kesan langsung akibat krisis Rusia-Ukraine yang masih diteliti pihaknya bukanlah dari segi impak ke atas pelabuhan tetapi terhadap perniagaan. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

AS salur bantuan tambahan bernilai AS$300 juta kepada Ukraine
Presiden Joe Biden meluluskan pakej ketenteraan baru bernilai AS$300 juta untuk Ukraine, merangkumi peluru untuk dron dan persenjataan.

China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon
China konsisten dan jelas dalam kesediaannya untuk membangunkan hubungan dua hala dengan Ukraine, kata Xi kepada Zelenskyy.

Jawatankuasa Olimpik Afrika sokong atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral
Ahli ANOCA sebulat suara memutuskan untuk menyokong penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam semua pertandingan antarabangsa.

Rusia mahu tamatkan krisis di Ukraine secepat mungkin - Menteri Luar
Melindungi nyawa askar dan orang awam adalah keutamaan bagi Moscow, kata Lavrov.

Zelensky berucap kepada rakyat Ukraine sempena Hari Natal
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky meminta rakyatnya untuk kekal tabah berdepan serangan.

Amaran serangan udara diaktifkan seluruh Ukraine pada Sabtu
Dengan menggunakan saluran komunikasi, pegawai tempatan meminta orang ramai mencari tempat perlindungan.

Tiga sidang kemuncak serantau dijangka dapat bantu akhiri krisis Ukraine - TPM Thailand
Ia pertama kali seumpamanya membabitkan pihak-pihak berkepentingan berkumpul sebagai peserta di tiga lokasi di Asia Tenggara.
![[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense' [KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656566323_ayam.jpg)
[KOLUMNIS] Ekonomi Ayam - Mesti ada 'common-sense, make sense'
Sejak bermulanya peperangan Russia-Ukraine pada tahun ini, harga makanan global telah meningkat lagi sebanyak 12%.

Rusia bakal tinggalkan ISS selepas 2024
Rusia akan beri tumpuan kepada usaha membina pos luar orbitnya sendiri.

Rusia nafi serang pelabuhan Ukraine selepas perjanjian mengenai bijirin - Menteri Turkiye
Pihak berkuasa Rusia memaklumkan ia tidak terlibat dalam serangan ini serta sedang meneliti isu itu dengan terperinci.