KUALA LUMPUR: Pelabur asing menguasai RM75.7 juta bersih ekuiti tempatan minggu lepas berbanding RM193.8 juta bersih yang dijual pada minggu sebelumnya, sekali gus menandakan minggu ketujuh aliran masuk bersih asing ke pasaran ekuiti Malaysia setakat tahun ini.
Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata Bursa Malaysia memulakan minggu urus niaga dengan baik, menyaksikan dana asing membeli sejumlah RM98.9 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.
Pada masa sama, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI melonjak 0.5 peratus untuk ditutup pada 1,582.5 mata pada hari Isnin dengan kenaikan didorong oleh kaunter Hartalega yang meningkat 1.5 peratus.
"Berdasarkan sektoral, indeks Bursa Malaysia Energy mencatatkan kenaikan terbesar, ditutup 4.2 peratus lebih tinggi pada hari berkenaan, disokong oleh harga minyak mentah Brent yang mencecah paras US$73 setong.
"Selain itu, para pelabur turut mengetepikan kebimbangan berkenaan inflasi di AS dan China, malah mereka melihatnya bersifat sementara dan dengan yang demikian, ia mungkin tidak akan menyebabkan penghapusan rangsangan dalam waktu dekat," katanya kepada Bernama.
Pada Selasa, pelabur antarabangsa menjual RM41.0 juta bersih ekuiti tempatan menjelang pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan di tengah-tengah ketiadaan pemangkin pasaran yang lain.
Adam menyatakan pasaran menyaksikan aliran keluar bersih asing yang lebih tinggi pada hari Rabu sebanyak RM131.7 juta ketika para pelabur masih cuba 'menghadam' kandungan PPN yang diumumkan pada lewat petang Selasa.
"Sentimen juga menjurus ke arah perkembangan politik di Malaysia susulan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja pada 16 Jun 2021 dengan para pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang mesyuarat berkenaan.
"Penjualan bersih asing terus mendapat momentum dengan mencatatkan RM164.8 juta pada Khamis sementara menunggu lebih banyak pencerahan mengenai perkembangan politik negara," katanya.
Bagaimanapun, beliau menambah dana luar pesisir telah memasuki pasaran ekuiti pada Jumaat berjumlah sehingga RM314.3 juta yang melonjakkan kenaikan indeks FBM KLCI sebanyak 1.2 peratus, keuntungan harian terbesar dalam tempoh lebih daripada sebulan.
"Keyakinan ini terus disokong oleh jumlah pemberian dos vaksinasi harian di Malaysia yang terus melepasi 200,000 dos sehari dari Selasa hingga Khamis," katanya.
Adam menambah berdasar tempoh bulan sehingga kini, pelabur asing telah melupuskan RM314.1 juta bersih ekuiti tempatan untuk bulan Jun.
Sementara itu setakat tahun ini pula, pelabur asing telah mengeluarkan sejumlah RM3.3 bilion bersih dari Malaysia, tambahnya.
Dalam pada itu, MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research) menyatakan kebanyakan pasaran ekuiti utama seluruh dunia menyaksikan prestasi negatif minggu lalu, kecuali beberapa bursa Asia termasuk Malaysia.
Ia berkata di Asia, pelabur asing muncul sebagai penjual bersih minggu lepas setelah tiga minggu berturut-turut menjadi pembeli bersih sebelumnya.
"Semua pasaran kecuali Malaysia mencatatkan aliran keluar negatif bersih minggu lepas. Berdasarkan data agregat sementara untuk tujuh bursa Asia yang kami pantau, aliran keluar bersih daripada pelabur yang diklasifikasikan sebagai 'asing' mencapai ekuiti bernilai kira-kira US$1.92 bilion.
"Ini terutama dipacu oleh aliran keluar dari Taiwan dan India," katanya.
Dari segi penyertaan, MIDF Research berkata sejak awal 2021, secara kumulatif, peruncit merupakan satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti tempatan dengan jumlah RM7.32 bilion, sementara institusi tempatan dan pelabur asing pula penjual bersih dengan nilai, masing-masing RM3.97 bilion dan RM3.34 bilion.
Ia menambah untuk minggu baru berakhir, peruncit membeli ekuiti bernilai RM227.45 juta di Bursa Malaysia, menjadi pembeli bersih setiap hari kecuali pada hari Isnin.
"Pembelian bersih terbesar oleh peruncit dicatat pada hari Khamis dengan nilai RM87.85 juta dan pembelian bersih terkecil adalah pada hari Selasa," katanya.
Sementara itu, aliran masuk mingguan kumulatif institusi tempatan bernilai RM303.13 juta dengan pembelian bersih berlaku dari hari Rabu hingga Khamis.
"Penjualan bersih terbesar oleh institusi tempatan pada hari Jumaat adalah RM327.90 juta. Sebaliknya, pembelian bersih terbesar ialah pada hari Khamis berjumlah RM77.33 juta," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021

MIDF Research berkata sejak awal 2021, secara kumulatif, peruncit merupakan satu-satunya pembeli bersih pasaran ekuiti tempatan dengan jumlah RM7.32 bilion. - Gambar hiasan
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile
Aplikasi BIMB Mobile merupakan aplikasi terbaharu Bank Islam yang dikatakan menyediakan penawaran lebih moden dan lancar kepada pengguna.

Waspada terhadap pautan, akaun media sosial palsu Bank Islam
Bank Islam mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pautan serta akaun media sosial palsu yang menyalahgunakan jenama dan gambar Bank Islam bagi tujuan penipuan.

Banjir: Bank Islam, Agrobank tutup sementara beberapa cawangan di Kelantan
Cawangan Agrobank yang terjejas termasuk Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tumpat, Kubang Kerian dan kiosk Rantau Panjang.

Bank Islam tawar bantuan kewangan kepada mangsa banjir
Pelanggan pembiayaan rumah, peribadi dan kenderaan boleh memohon penangguhan ansuran bulanan sehingga enam bulan.

Aplikasi 'GO by Bank Islam' akan ditamatkan menjelang Nov 2025
Aplikasi ini akan menambah sejumlah ciri-ciri baharu secara berfasa, sebelum aplikasi GO ditamatkan sepenuhnya.

Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.

Pengguna aplikasi GO by Bank Islam disaran kemas kini aplikasi
Ia dilaksana bagi memberikan kelancaran dan kemudahan operasi dalam penggunaan aplikasi, selain mengatasi isu keselamatan.

Abdul Halim Ismail perintis sistem kewangan Islam di Malaysia - CEO Bank Islam
Bapa Perbankan Islam Malaysia, Allahyarham Datuk Abdul Halim Ismail memainkan peranan yang amat signifikan dalam merintis dan mengembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia.

Bapa perbankan Islam Malaysia, Abdul Halim Ismail meninggal dunia
Bapa perbankan Islam Malaysia, Datuk Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka cecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024 - Bank Islam
Bank Islam menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia akan mencecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024.