Pelaburan langsung dan porfolio ke luar negeri oleh entiti Malaysia berjumlah RM908 bilion setakat Jun 2017, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Kementerian Kewangan berkata lebih separuh daripada pelaburan tersebut, atau sebanyak RM574 bilion, terdiri daripada pelaburan langsung asing di luar negeri oleh syarikat-syarikat Malaysia (DIA).
"Destinasi DIA termasuk Singapura yang menyumbang 16 peratus kepada jumlah tersebut, Indonesia (sembilan peratus), Kanada (tujuh peratus), Australia dan United Kingdom (masing-masing lima peratus) dan India (empat peratus)," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Makin @Marcus Mojigoh (BN- Putatan) mengenai jumlah pelaburan mata wang Malaysia yang mengalir ke luar negara setakat Disember 2016.
Menurut Kementerian Kewangan, mengikut pecahan sektor, DIA disalurkan terutamanya ke sub-sektor perkhidmatan kewangan, iaitu 35 peratus, perlombongan sebanyak 19 peratus, serta perkhidmatan telekomunikasi berjumlah lapan peratus.
Bagi pelaburan portfolio oleh permaustautin, kementerian tersebut berkata ia berjumlah RM334 billion pada akhir Jun 2017.
"Lebih kurang dua pertiga daripada jumlah ini terdiri daripada aset yang dipegang dalam bentuk sekuriti," katanya.
Sementara itu, Kementerian Kewangan mendedahkan sebanyak 1,043 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) oleh agensi-agensi berkaitan, di mana 145 kes telah dihadapkan ke mahkamah dari tahun 2013-2016.
"Bagi kes-kes di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM), sejumlah 138 kertas siasatan telah dibuka dan 44 kes telah dihadapkan ke mahkamah dari tahun 2008-2016," katanya bagi menjawab soalan Makin mengenai jumlah kes di bawah AMLATFA yang didakwa di mahkamah dan disabitkan kesalahan oleh BNM setakat 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2017

MAKIN: Destinasi DIA termasuk Singapura yang menyumbang 16 peratus kepada jumlah tersebut, Indonesia (sembilan peratus), Kanada (tujuh peratus), Australia dan United Kingdom (masing-masing lima peratus) dan India (empat peratus). -Gambar fail

Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Sekurang-kurangnya 1,450 penduduk telah dipindahkan, manakala 100 lagi dilaporkan hilang.

KPDN Kedah tawar 36,000 insentif e-dompet di Bazar Ramadan Rahmah
KPDN Kedah menawarkan 36,000 insentif e-dompet untuk direbut pengunjung di enam lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) 2025 di seluruh negeri.

Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global
Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine.
LHDN kutip peningkatan hasil RM1.46 bilion - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan memperbaiki tata kelola, mempertahankan semangat dan disiplin serta memperkenalkan instrumen baharu seperti e-Invoice, hasil negara akan melonjak tinggi.
"Kita tahu negara itu berkembang, sistem itu mantap tetapi masih ada ruang kelemahan dan kebocoran. Dan saya bangga hasil prestasi hasil menunjukkan ada semangat, dorongan, keupayaan dan pimpinan menyempurnakan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak terutamanya golongan 'maha kaya' tidak diberi ruang terlepas daripada memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat dan warganegara dengan membayar cukai.
"Kita tahu negara itu berkembang, sistem itu mantap tetapi masih ada ruang kelemahan dan kebocoran. Dan saya bangga hasil prestasi hasil menunjukkan ada semangat, dorongan, keupayaan dan pimpinan menyempurnakan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata mana-mana pihak terutamanya golongan 'maha kaya' tidak diberi ruang terlepas daripada memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat dan warganegara dengan membayar cukai.

Keazaman politik, insentif industri, dasar penting perkasa peranan wanita
Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai program, kekurangan keterlibatan wanita pada peringkat pembuat dasar perlu diberi perhatian.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu, pertama di dunia guna tenaga solar sepenuhnya
Jambatan ikonik yang terletak di pusat bandar raya itu menerima sijil pengiktirafan daripada The International Tracking Standard Foundation.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Mac 2025
Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu ini didorong sentimen positif dan minat baharu terhadap saham kukuh.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Ketegangan Perdagangan Global: Strategi Pelaburan di Malaysia Bersama Mohd Sedek Jantan
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, membincangkan impak ketegangan perdagangan global terhadap ekonomi Malaysia, sektor yang berpotensi, dan strategi pelaburan yang bijak dalam menghadapi ketidakpastian pasaran.

Barcelona dedah Lamine Yamal teguh berpuasa
Kelab itu sebaliknya menaruh kepercayaan terhadap pakar pemakanan skuad pertama, Silvia Tremoleda, untuk menyelia diet pemain.

Notis kompaun SPRM: Wang diterima ITBM untuk penerbitan buku
ITBM yang juga antara entiti yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB menjelaskan bahawa wang yang diterima adalah bayaran bagi khidmat penerbitan dan jualan buku.

Najib ditahan, berdepan 21 pertuduhan melibatkan wang haram
Ini tidak termasuk beberapa pertuduhan lagi yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah terima suapan
Bekas pengurus pembangunan perniagaan sebuah bank di Batu Pahat mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan babitkan rasuah dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA).

Pelaburan langsung, portfolio ke luar negeri cecah RM908 bilion setakat Jun 2017
Pelaburan langsung dan portfolio ke luar negeri oleh entiti Malaysia berjumlah RM908 bilion setakat Jun 2017, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.