KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) optimis ekonomi Malaysia mampu pulih tahun ini seiring pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri semalam.
Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata faktor pemangkin kepada kejayaan pelan itu adalah menerusi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
"Pemulihan ekonomi adalah tertakluk kepada sama ada kita boleh mencapai Fasa Ketiga dan Fasa Keempat pelan tersebut secepat mungkin.
"Faktor kejayaan yang paling penting adalah dari segi kadar vaksinasi yang mana kalau kita boleh capai kadar vaksinasi yang tinggi secepat mungkin, maka Fasa Ketiga dan Fasa Keempat akan datang lebih cepat.
"Maka, pemulihan ekonomi boleh bermula di Malaysia terutama melibatkan sektor-sektor yang telah dilanda teruk oleh COVID-19 seperti pelancongan dan penerbangan di mana ini adalah sektor-sektor terakhir yang akan dibuka, iaitu semasa fasa empat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Astro AWANI secara maya pada Rabu.
Jelasnya, menerusi Pelan Pemulihan Negara itu, ia juga bakal memberi keyakinan kepada para usahawan dan pelabur terhadap Malaysia terutama ketika mereka melakukan perancangan pengembangan perniagaan.
"Bagi Khazanah, ia merupakan satu penjelasan sekali gus memberi peluang kepada kita bersama syarikat-syarikat yang kita labur untuk merancang bagaimana kita boleh menuju ke hadapan pada masa akan datang.
"Apa yang paling mustahak adalah supaya industri yang paling teruk dilanda oleh COVID-19 seperti penerbangan dan pelancongan dapat dipulihkan.
"Ini adalah industri-industri yang memerlukan strategi-strategi yang lebih mantap dan konkrit supaya kita boleh memperjelaskan lagi bagaimana kita boleh sampai ke fasa keempat," katanya.
Justeru, beliau yakin sekiranya pelan itu berjalan lancar, ia akan memastikan proses pemulihan ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Jun 16 2021

Shahril berkata, faktor pemangkin kepada kejayaan Pelan Pemulihan Negara adalah menerusi kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). - Gambar fail/Bernama

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan representasi Najib kes dana SRC 6 Mei ini
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas - Dr Dzulkefly
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.

Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM
Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi.

KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi
Inisiatif seperti program vaksinasi dari rumah ke rumah yang digerakkan NCSM membantu KKM menjayakan PICK.

'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy
Kerajaan yang dianggap sebagai kerajaan sementara ketika ini dilihat berjaya mencapai banyak perkara jangka masa panjang.

Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.

COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.

Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,727,791 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.

Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.