Pelantikan AgroAgent Agrobank akan diperluaskan ke seluruh negara termasuk menumpukan kawasan pedalaman bagi memastikan masyarakatnya memperolehi perkhidmatan perbankan asas.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini ada seramai 36 AgroAgent di seluruh negara, termasuk 16 di Sabah sejak ia dilancarkan pada Disember tahun lepas.
Katanya sasaran Agrobank pada tahun ini adalah seramai 336 AgroAgent agar perkhidmatan perbankan asas Agrobank dapat disalurkan kepada masyarakat pedalaman dalam tempoh yang singkat dengan jaringan lebih luas.
"Perkhidmatan sebegini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi memastikan masyarakat tidak ketinggalan untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan asas.
"Ini akan memanfaatkan masyarakat luar bandar terutama petani, peladang, pekebun kecil dan nelayan," katanya pada sidang media selepas merasmikan cawangan Agrobank di Semporna serta pelantikan AgroAgent peringkat negeri Sabah di sini, pada Ahad.
Ismail Sabri berkata, matlamat utama AgroAgent adalah sebagai penggerak perbankan berkesan dalam menangani kesulitan pengguna di pedalaman atau kawasan yang jauh dari kemudahan institusi kewangan.
Malah, penyediaan kemudahan perbankan asas adalah antara keutamaan Rancangan Malaysia Ke-10 iaitu dalam sektor Pertanian dan Perkhidmatan Kewangan yang termasuk dalam dua bidang tumpuan utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi.
Terdahulu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman dalam ucapannya berkata ejen perbankan adalah kaedah yang kos efektif bagi institusi perbankan meluaskan khidmatnya ke luar bandar.
Katanya dengan khidmar AgroAgent, pelanggan tidak perlu ke bandar bagi tujuan pengeluaran dan deposit wang kerana wujudnya AgroAgent di lokasi strategik dalam kawasan kejiranan mereka.
Menurutnya 16 AgoAgent yang dilantik di Sabah adalah Pertubuhan Peladang Kawasan yang menyediakan khidmat perbankan asas seperti deposit dan pengeluaran tunai, pemindahan wang, pembayaran bil dan tambah nilai prabayar.
Bernama
Sun Apr 12 2015

Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini ada seramai 36 AgroAgent di seluruh negara, termasuk 16 di Sabah sejak ia dilancarkan pada Disember tahun lepas.
Sekolah terjejas akan terima peruntukan baik pulih
Bantuan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap sekolah terjejas banjir akan disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi tujuan pembersihan, pengemasan semula serta penggantian kemudahan yang rosak.

Polis lengkapkan kertas siasatan doktor berkelakuan tidak senonoh
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes doktor perubatan yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya.
KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak paket bernilai RM200,000

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Pelantikan Agroagent diperluas, tumpu pedalaman - Ismail Sabri
Pelantikan AgroAgent Agrobank akan diperluaskan ke seluruh negara termasuk menumpukan kawasan pedalaman.