KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] hari ini mengumumkan pelantikan Haizad Rizal A Aziz dan Maz Mirza Mohd Aminurashid sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Digital baharu KWAP, berkuatkuasa 3 Oktober 2022.
Haizad Rizal mempunyai pengalaman luas menjangkau lebih 20 tahun dengan kepakaran dalam membuat keputusan korporat, penambahbaikan perniagaan, pembangunan strategi kewangan, memacu transformasi, dan tanggungjawab fiskal, integriti dan ketelusan.
Beliau pernah bertugas selama sedekad di Ireland dan sekembalinya ke tanahair, beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam Kumpulan Perbankan RHB, dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di Kumpulan Syarikat Johawaki. Sebelum menyertai Sime Darby Oils pada November 2021 dengan memegang jawatan yang sama, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di SME Bank.
Haizad Rizal merupakan Felo Institut Akauntan Bertauliah (Institute of Chartered Accountants, ICAI), Ireland dan memegang ijazah BA (Kepujian), Perakaunan dan Kewangan dari Dublin Business School. Beliau juga telah berjaya menamatkan Program Lanjutan Pengurusan dan Kepimpinan Oxford (Advanced Management and Leadership Programme, OAMLP) di Said Business School, University of Oxford, United Kingdom.
Maz Mirza mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang Teknologi Maklumat dan Keselamatan Siber. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Teknologi Maklumat di Puspakom sebelum menyertai Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) sebagai Ketua Jabatan Teknologi Maklumat. Pada awal kerjayanya, beliau juga telah berkhidmat di beberapa anak syarikat Kumpulan Sime Darby selama 13 tahun.
Maz Mirza merupakan pemegang ijazah kepujian Sains Komputer dari University of Cambridge pada tahun 1997.
Nik Amlizan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, berkata, “Dengan pengalaman dan pemahaman mereka yang mendalam tentang keperluan bagi pertumbuhan mampan, KWAP yakin bahawa TERAS 5, yang bertujuan untuk mengukuhkan asas KWAP di dalam menghadapi masa hadapan, akan disokong dan mampu dicapai di bawah kepimpinan yang berdedikasi dan berkebolehan tinggi.”
TERAS 5 adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang KWAP untuk memastikan komponen yang tepat disediakan untuk menyokong pertumbuhan yang mampan bagi memanfaatkan pesara hari ini dan juga pada masa hadapan.
TERAS 5 merupakan program tiga tahun yang berasaskan lima tunggak utama iaitu Struktur, Tadbir Urus, Modal Insan, Proses dan Digital yang akan memacu lapan aliran kerja.
Kenyataan Media
Wed Oct 05 2022
![Pelantikan baharu jawatan utama selaras pelaksanaan TERAS 5 KWAP Pelantikan baharu jawatan utama selaras pelaksanaan TERAS 5 KWAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664954921_TBMASHUPKWAP.jpg)
KWAP mengumumkan pelantikan Haizad Rizal A Aziz (kiri) dan Maz Mirza Mohd Aminurashid sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Digital baharu.- Foto KWAP
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739015449_JPVPP.jpg)
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
JPVPP menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong.
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
![Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712580254_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
Kapasiti air di beberapa takungan di Sandakan kurang
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan bekalan air di daerah itu bergantung kepada dua sumber utama, iaitu Empangan Segaliud dan takungan air. Bagaimanapun beberapa takungan dilaporkan mengalami penurunan kapasiti.
Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya mengaku telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
![KWAP kenal pasti tanah berpotensi bina rumah pesara KWAP kenal pasti tanah berpotensi bina rumah pesara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732962857_TBmypesara.jpg)
KWAP kenal pasti tanah berpotensi bina rumah pesara
KWAP sedang mengenal pasti tanah berpotensi dijadikan Pembangunan Tanah Wakaf, bagi membina rumah persaraan mandiri golongan pesara awam.
![KWAP lantik Nazaiful Affendi sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Perkhidmatan KWAP lantik Nazaiful Affendi sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Perkhidmatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730520421_NAZAIFULAFFENDIZAI.jpg)
KWAP lantik Nazaiful Affendi sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Perkhidmatan
KWAP melantik Nazaiful Affendi Zainal Abidin sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Perkhidmatan berkuat kuasa 1 Nov 2024.
![Najib kesal terhadap kerugian dialami SRC International Najib kesal terhadap kerugian dialami SRC International](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729239527_NajibRazak.jpg)
Najib kesal terhadap kerugian dialami SRC International
SRC International menuntut Najib membayar pampasan RM42 bilion atas kerugian yang dialami syarikat.
![ZUS Coffee peroleh RM250 juta pelaburan daripada KWAP, KV Asia Capital, Kapal Api ZUS Coffee peroleh RM250 juta pelaburan daripada KWAP, KV Asia Capital, Kapal Api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725945223_tbzuscoffeeasiac.jpg)
ZUS Coffee peroleh RM250 juta pelaburan daripada KWAP, KV Asia Capital, Kapal Api
ZUS Coffee memperoleh pelaburan RM250 juta daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), KV Asia Capital dan Kapal Api Group untuk menyokong pengembangan globalnya.
![KWAP peruntuk RM20 bilion untuk peralihan aset KWAP peruntuk RM20 bilion untuk peralihan aset](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722928982_NikAmlizan.jpg)
KWAP peruntuk RM20 bilion untuk peralihan aset
KWAP mengukuhkan komitmennya terhadap pelaburan mampan dengan meningkatkan tumpuannya terhadap aset peralihan menerusi peruntukan RM20 bilion.
![Pendapatan bersih KWAP melonjak 36 kali ganda kepada RM9.7 bilion pada Tahun Kewangan 2023 Pendapatan bersih KWAP melonjak 36 kali ganda kepada RM9.7 bilion pada Tahun Kewangan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722413542_TBKWAP.jpg)
Pendapatan bersih KWAP melonjak 36 kali ganda kepada RM9.7 bilion pada Tahun Kewangan 2023
Pendapatan bersih Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) melonjak 36 kali ganda kepada RM9.7 bilion bagi Tahun Kewangan 2023.
![KWAP labur RM3 bilion dalam dana pelaburan syariah KWAP labur RM3 bilion dalam dana pelaburan syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716870731_tbAnwarIbrahim.jpg)
KWAP labur RM3 bilion dalam dana pelaburan syariah
Inisiatif itu bagi menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan dan memangkin ekosistem teroka.
![Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715252849_TBNajibRazak.jpg)
Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.
![Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka - KWAP Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka - KWAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713789244_HazmanHilmiSallahu.jpg)
Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka - KWAP
Asia Tenggara (SEA) berpotensi menarik lebih ramai pemodal teroka apabila jurang penilaian dalam kalangan syarikat pemula niaga serantau menyatu.
![Najib miliki kuasa penuh dalam SRC - Bekas pengarah Najib miliki kuasa penuh dalam SRC - Bekas pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702625390_NajibTunRazak.jpg)
Najib miliki kuasa penuh dalam SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib mempunyai kuasa penuh untuk membuat semua keputusan dalam SRC.