Unjuran bagi majikan dan bakat adalah lebih optimistik pada tahun ini, kata rakan kongsi penyumberan bakat terkemuka Asia, JobStreet.com, dalam Laporan Prospek Pekerjaan 2018.
Dalam kenyataan hari ini, JobStreet.com berkata, menurut laporan itu, peluang pekerjaan dijangka lebih kukuh daripada 2017, dengan 30 peratus majikan Malaysia menunjukkan peningkatan dalam pengambilan pekerja baharu, kenaikan 12 peratus berbanding tahun.
15 peratus daripada majikan yang dikaji juga akan mengekalkan kadar pengambilan pekerja serta penurunan ketara bagi pembekuan pengambilan pekerja sebanyak lima peratus daripada tahun lepas, mengesahkan momentum peningkatan aktiviti pengambilan pekerja, menurutnya.
JobStreet berkata, keyakinan yang semakin meningkat ini berkait dengan pertambahan iklan pekerjaan sebanyak sembilan peratus berbanding tahun, dengan migrasi dalam talian bagi iklan pekerjaan bukan eksekutif menyumbang tiga peratus kepada pertumbuhan keseluruhan.
Pengurus Negara JobStreet.com Malaysia, Chook Yuh Yng berkata pihaknya menyaksikan unjuran ke atas majikan dan calon pekerja adalah lebih optimistik bagi pasaran pekerjaan tahun ini.
"Sentimen ini dipacu terutamanya oleh pertambahan syarikat pemula niaga, perluasan perniagaan tempatan dan kemasukan firma asing yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan keperluan terhadap pelbagai kemahiran.
"Oleh itu, kita boleh menjangkakan aktiviti mencari kerja dan pengambilan pekerja akan meningkat tahun ini," katanya.
Chook berkata, seiring peningkatan aktiviti pengambilan pekerja, majikan perlu meneliti keperluan yang ada bagi pekerja sebagai faktor tarikan untuk kompetitif dalam menarik dan pengekalan bakat.
"Pada dasarnya, penting untuk majikan memastikan keseimbangan antara manfaat yang diingini pekerja dan manfaat yang ditawarkan supaya mampu mengekalkan dan menarik bakat," katanya.
JobStreet.com berkata, laporan tersebut turut berkongsi beberapa pandangan berguna mengenai strategi kompetitif bagi pengambilan pekerja seperti pampasan dan faedah pekerja.
Menurut laporan itu, lima faedah utama yang diinginkan pekerja ialah insurans kesihatan/perubatan, elaun pengangkutan, perlindungan perubatan untuk keluarga/tanggungan, dana pencen/persaraan dan tempoh bekerja yang fleksibel.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2018

Seiring peningkatan aktiviti pengambilan pekerja, majikan perlu meneliti keperluan yang ada bagi pekerja sebagai faktor tarikan untuk kompetitif dalam menarik dan pengekalan bakat. - Gambar hiasan

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Masalah pembelajaran tidak halang remaja OKU menyerlah di pentas
Melihat kelincahannya mempersembahkan tarian klasik India Bharatanatyam secara solo di atas pentas, tiada siapa menyangka remaja berkenaan adalah pelajar orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.

Aset lokasi strategik perkukuh pelaburan
Cyberview membentuk Cyberjaya dengan menawarkan ekosistem teknologi holistik mencakupi aktiviti komersial dan digital.

Pembukaan Kiara Skatepark penting untuk asah bakat peminat sukan papan selaju - Jurulatih
Langkah itu penting bagi mengenal pasti dan mengasah bakat-bakat baharu sukan itu, yang merupakan antara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.

Potret daripada kiub rubik hasil kreativiti Zabli tular
391 bongkah kiub rubik disusun pada bingkai khas bagi menghasilkan potret pasangan personaliti Shuib Sepahtu dan isterinya Allahyarham Siti Sarah.

Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju
Pelantikan ahli LPA baharu itu diharap dapat mempercepat aspirasi agensi itu dalam memupuk dan membangun modal insan dan menjadikan mereka berdaya saing dalam pelbagai sektor.

Pelukis manfaatkan masa terluang PKP 3.0 hasilkan karya baharu
Idea ini datang secara spontan kerana saya teringat kenangan manis ketika berada di rumah kayu bersama nenek satu ketika dahulu.

Kreatif dan indah! Mural tangga di Sandakan ini menguji kemahiran pelukisnya
Muhammad Amin Muhidin sedang dalam proses akhir untuk menyiapkan mural lukisan tangga menuju ke Wisma Perbandaran di bandar Sandakan.

Tunku Azizah berkenan tunjuk bakat gesek biola depan Dr Siti Hasmah
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menunjukkan bakat baginda menggesek biola di hadapan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ratu Bumi Malaysia mahu tanam lebih banyak pokok, sumbang produk biodegrasi
Bagi Dr Nisha Thayananthan yang baru dimahkotakan sebagai Ratu Bumi Malaysia 2020/21, tiada yang lebih bermakna bagi dirinya melainkan untuk menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih hijau.

PaKat bantu rakyat Miri pamer dan jual hasil seni
Pandemik COVID-19 mengehadkan ruang buat warga Miri mempamer dan menjual hasil seni yang dihasilkan.