KUALA LUMPUR: Pemain industri minyak dan gas (O&G) domestik menjangkakan aliran kerja yang lebih tinggi pada suku akan datang susulan langkah Petronas meningkatkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM60 bilion tahun ini, demikian menurut AmInvestment Bank Research.
Firma itu berkata, peruntukan itu adalah 26% melebihi paras perbelanjaan normal prapandemiknya sebanyak RM47.8 bilion pada 2019.
Jelasnya, dengan peruntukan RM60 bilion bagi 2022, ia juga mewakili lonjakan 97% daripada RM30.5 bilion pada 2021.
Dalam keputusan suku pertama berakhir 31 Mac 2022, Petronas merekodkan capex sebanyak RM7.4 bilion menyumbang 15 hingga 19% daripada panduan bajet untuk tahun ini.
"Sebagai perbandingan, perbelanjaan pada suku pertama menyumbang 15 hingga 25% daripada capex kumpulan sepanjang 3 tahun lalu.
"Capex pada suku pertama hampir mencapai paras perbelanjaan pada 2019, mewakili peningkatan 12% tahun ke tahun berbanding suku pertama 2021 sebanyak RM6.6 bilion, di mana capex domestik berkembang 30% tahun ke tahun," katanya dalam nota kajian pada Jumaat.
Semalam, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas, Liza Mustapha mengumumkan Petronas memperuntukkan capex yang lebih tinggi iaitu hampir RM60 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22).
Daripada jumlah itu, sebanyak 10% akan dibelanjakan untuk segmen bukan tradisional seperti bahan kimia khusus dan tenaga solar bagi mencapai sasaran pelepasan karbon sifar menjelang 2050, yang merupakan peruntukan modal sulung syarikat minyak negara itu untuk tenaga bersih.
Kenaikan berganda daripada RM30 bilion pada FY21 itu akan digunakan untuk projek yang sedang berjalan dan baharu, yang separuh daripadanya dibelanjakan untuk projek domestik manakala bakinya untuk projek luar negara.
AmInvestment menjangkakan segmen terpilih dalam rantaian nilai berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mendapat manfaat daripada harga minyak yang lebih tinggi dan projek yang dibenarkan oleh syarikat minyak negara.
"Pengendali minyak dan gas yang terdedah secara langsung kepada pengeluaran huluan seperti Hibiscus Petroleum Bhd dan subsektor penyimpanan dan pemunggahan pengeluaran terapung (FPSO) akan mendapat manfaat memandangkan bilangan pengendali yang berkurangan semasa kemelesetan sebelumnya antara 2015 hingga 2017," jelasnya.
Firma itu turut menjangkakan harga minyak mentah Brent akan kekal tinggi sekitar AS$100 hingga AS$110 setong dalam tempoh yang panjang tahun ini.
Katanya, ia berpunca daripada kesan geopolitik yang tidak menentu ekoran pencerobohan Rusia di Ukraine, syarikat minyak antarabangsa secara sukarela mengelakkan membuat sebarang bentuk pelaburan, gangguan rantaian bekalan global yang substantif dan premium risiko yang tinggi untuk komoditi.
"Bagaimanapun, kami menjangkakan harga minyak akan mereda pada tahun depan berikutan prospek pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan, boleh menjejaskan permintaan minyak manakala pelaburan baharu dalam sektor itu boleh menghidupkan semula jangkaan pengeluaran yang lebih tinggi.
"Oleh itu, kami mengunjurkan harga minyak akan berlegar antara AS$90 hingga AS$100 setong pada 2023," tambahnya.
Secara keseluruhan, AmInvestment mengulangi pandangan 'overweight' terhadap sektor O&G dengan Dialog Group Bhd. menjadi antara pilihan utamanya bagi sektor tesebut.
Firma itu memberi saranan 'beli' kepada 5 syarikat O&G di bawah liputannya iaitu Dialog, Bumi Armada Bhd, Deleum Bhd, Petronas Gas Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd manakala saranan 'pegang' bagi Hibiscus dan MISC Bhd. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Jun 11 2022
Pemain industri O&G domestik menjangkakan aliran kerja yang lebih tinggi pada suku akan datang susulan langkah Petronas meningkatkan capex sebanyak RM60 bilion tahun ini. -Gambar fail
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
Pemotongan capex Petronas tidak jejas Swift Energy, pelbagaikan aliran pendapatan
Swift Energy telah mempelbagaikan aliran hasil dengan pergantungan seimbang pada minyak dan gas, minyak makan dan utiliti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.65 mata kepada 1,626.49 daripada 1,628.14 pada Jumaat lepas.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.