Pemansuhan Permit Import (AP) Terbuka bagi kenderaan terpakai yang dijadualkan Disember ini tidak hanya menjejaskan kalangan penggiat industri kereta berkenaan tetapi turut memberi kesan terhadap pendapatan negara, kata Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema).
Di bawah kajian semula Dasar Automotif Negara (NAP) pada 2010, sistem AP Terbuka untuk kenderaan terpakai (perdagangan, penumpang dan motosikal) akan ditamatkan pada Dis 31, 2015 dan import kenderaan terpakai tidak lagi dibenarkan selepas tarikh itu.
Namun, sehingga kini tiada sebarang kata putus oleh kerajaan berhubung perkara ini.
Presiden Pekema, Datuk Zainuddin Abd Rahman berkata kalangan penggiat industri, khususnya bumiputera akan kehilangan sumber pendapatan jika pemansuhan AP itu diteruskan.
"Apabila ia dihapuskan, penggiat industri yang bergantung kepadanya akan hilang sumber pendapatan. Malah, isu ini tidak hanya melibatkan pengimport, malahan turut menjejaskan keseluruhan ekosistem termasuklah perniagaan bengkel kereta dan yang berkaitan," katanya kepada media selepas Mesyuarat Agung Pekema Ke-34, di sini, hari ini.
Menurut Zainuddin, sehingga tahun lepas, ahli-ahli persatuan itu telah membayar sejumlah RM3 bilion yang meliputi cukai import dan eksais kepada kerajaan.
"Ini tidak termasuk cukai korporat dan cukai individu yang mungkin secara keseluruhannya mencecah sehingga RM5 bilion," katanya.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihak berkuasa masih mengekalkan dasar AP untuk kereta terpakai.
Malah, pemansuhan dasar tersebut masih dalam kajian.
Bernama
Sat Nov 28 2015

Sehingga tahun lepas, ahli-ahli persatuan itu telah membayar sejumlah RM3 bilion yang meliputi cukai import dan eksais kepada kerajaan. - Gambar Fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Dasar permit import terbuka akan wujud ekosistem automotif berdaya saing - Ahli Ekonomi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengalu-alukan semua syarikat bumiputera, termasuk yang tidak mempunyai pengalaman dalam perdagangan automotif, untuk memohon AP.

Tukang masak berdepan hukuman mati, edar dan miliki dadah
Seorang tukang masak berdepan hukuman mati selepas didakwa atas dua tuduhan memiliki dan mengedar dadah.

Pemegang AP nafi dapat 'keuntungan melampau' jual EV - Pekema
Katanya, margin keuntungan yang diambil pengimport berbanding harga kilang ketika menjual semula kereta tersebut di Malaysia adalah normal.

Kastam sita 50 kenderaan mewah tiada AP bernilai RM11.4 juta
Sembilan daripada 50 kenderaan melibatkan motosikal berkuasa tinggi manakala selebihnya kereta mewah dari pelbagai negara.

Pemansuhan AP langkah tepat, jamin kelangsungan bekalan makanan - Nanta
Beliau berkata langkah itu akan memberi kelebihan kepada pengguna apabila bekalan mudah didapati berbanding keadaan semasa.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian
MPN memohon kerajaan menjaga kepentingan para pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan AP terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.

Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih
Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilena, bersih

60 peratus pemegang AP import daging dimiliki syarikat bumiputera - Kiandee
Antara pemegang AP daging syarikat bumiputera ialah Ramly Food Processing Sdn Bhd dan Darabif Meat Company yang berkeupayaan mengimport daging dalam jumlah besar.

MITI, agensi beroperasi secara jauh kecuali khidmat penting
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi di bawah kendaliannya, akan beroperasi secara jauh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula hari ini.