Kaedah skim pembayaran segera membabitkan peralihan tradisional kepada elektronik secara mudah alih, kini semakin ketara di sekitar rantau ASEAN termasuk Malaysia, sejajar pertumbuhan ekonomi digital serta penekanan oleh pihak berkuasa bagi penyahwangan.
Ketua Mudah Tunai dan Pengurusan Tunai Global HSBC Amanah Malaysia Bhd, Mandeep Singh berkata peningkatan pembangunan infrastruktur industri perbankan hasil usaha pihak pengawal selia dan syarikat teknologi kewangan juga menjadikan masa depan pembayaran mudah alih di negara ini semakin cerah.
"Kerjasama antara penyedia kad prabayar elektronik dan industri perbankan perlu ada bagi memastikan pengguna dapat melakukan transaksi itu dengan mudah dan lancar," katanya pada sesi taklimat media mengenai transformasi digital yang semakin ketara di ASEAN, di sini, pada Selasa.
Menurut Mandeep, walaupun syarikat-syarikat pemilik kad terbabit beroperasi secara bebas, pembayaran itu boleh dilakukan menerusi perbankan dalam talian atau menggunakan kad nilai yang boleh dikaji bagi peningkatan lanjut.
Malah, katanya, sudah adalah perbincangan mengenai jalinan kerjasama antara pihak pengeluar kad pintar Touch N Go dengan industri perbankan.
Sejak tiga hingga empat tahun lepas, industri perbankan juga telah menyaksikan penyusutan kaedah perbankan tradisional berikutan pelaksanaan perbankan secara dalam talian, kata Mandeep.
Beliau berkata, kaedah pembayaran menggunakan cek juga terbukti merosot sebanyak 16 peratus setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2017
Peningkatan pembangunan infrastruktur industri perbankan hasil usaha pihak pengawal selia dan syarikat teknologi kewangan juga menjadikan masa depan pembayaran mudah alih di negara ini semakin cerah. - Gambar hiasan
Houthi pantau gencatan senjata Gaza, terus serang jika Israel cabuli
Kumpulan Houthi Yamen menyatakan, kumpulan yang disokong Iran itu akan memantau pelaksanaan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang bertujuan menamatkan peperangan di Gaza.
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam kebakaran pusat beli-belah di Indonesia
Mangsa ditemukan di tingkat lapan Glodok Plaza pada petang Khamis dan dibawa ke hospital polis untuk proses pengecaman lanjut.
Menteri Israel ugut letak jawatan jika gencatan senjata lulus
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, umum beliau akan meletak jawatan daripada kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu jika kabinet meluluskan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
WHO seru komuniti antarabangsa tingkat bantuan di Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru komuniti antarabangsa untuk mempergiatkan pembiayaan bagi respons bantuan berskala besar di Gaza.
Gencatan senjata Gaza mula Ahad, walau ada halangan akhir
Gencatan senjata di Gaza dijangka bermula pada hari Ahad seperti yang dirancang, walaupun masih terdapat isu kecil yang perlu diselesaikan oleh perunding pada saat-saat akhir.
LYF George Town rancakkan industri perhotelan di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, industri perhotelan mempunyai peranan besar dalam menyediakan tempat untuk menyambut kedatangan tetamu kenamaan asing dan delegasi berikutan beberapa mesyuarat ASEAN akan turut diadakan di Pulau Pinang.
Malaysia tangani risiko overtourism menerusi amalan pelancongan lestari
Meskipun Malaysia belum menghadapi lebihan pelancong secara meluas, beberapa lokasi pelancongan seperti Semporna, Sabah telah mula berdepan masalah itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 Nov lepas melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
Forum Pelancongan ASEAN 2025 buka tirai hari ini
Forum ini akan dihadiri Menteri-Menteri pelancongan negara ASEAN, pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan wakil media daripada 10 negara anggota ASEAN.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik raih pelaburan tenaga bersih ASEAN – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik dengan hemat dalam usaha menjayakan projek-projek peralihan tenaga boleh baharu di rantau ASEAN.
Ringgit diunjur cecah 4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025 - Stanchart
Standard Chartered (Stanchart) menjangkakan ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedia peluang perkasa PMKS - Samenta
Peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini juga menjadi peluang bagi negara ini menumpukan semula perhatian terhadap 70 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi 9