KUALA LUMPUR: Pemberian subsidi kepenggunaan merupakan langkah yang betul dalam meringankan beban rakyat, walau bagaimanapun kerajaan perlu segera mengemukakan penyelesaian jangka panjang termasuklah mempunyai pembaharuan pasaran yang lebih cepat, lebih mendalam dan lebih luas, kata pakar ekonomi.
Pakar ekonomi Dr Nungsari Radhi berkata pengumuman tersebut adalah munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan, oleh itu, langkah untuk mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan hasil perlu segera difikirkan.
"Langkah yang diambil sekarang merupakan langkah jangka masa pendek yang boleh difahami oleh semua pihak, namun ia mesti disertakan dengan beberapa petunjuk jelas mengenai rancangan jangka panjang yang koheren untuk menangani masalah kewangan kerajaan.
"Jika tidak ia akan menjejaskan keyakinan pelabur yang penting untuk membawa ekonomi ke arah model pendapatan yang lebih tinggi," beliau memberitahu DagangNews hari ini.
Terdahulu menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan meneruskan subsidi kepenggunaan yang meliputi petrol, minyak masak, tarif elektrik bagi tempoh jangka pendek.
Langkah kerajaan itu adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Berkongsi sentimen yang sama, Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Profesor Geoffrey Williams turut berkata pemberian subsidi merupakan perkara yang betul dalam jangka pendek untuk mengawal harga dengan subsidi dan kawalan harga walaupun ia melibatkan kos yang mahal memandangkan harga minyak mentah yang tinggi.
"Selain dari pemberian subsidi, Malaysia memerlukan sistem kredit pendapatan yang betul melalui sistem cukai dan ini adalah satu bentuk konsep jaminan pendapatan dasar sejagat (Universal Basic Income) dan perlu diperkenalkan segera.
"Ini terutamanya apabila Bantuan Keluarga Malaysia dilihat sebagai tidak mencukupi untuk mengurangkan beban rakyat.
"Bukan ini sahaja, saya bersetuju dengan penubuhan pasukan khas jihad tangani inflasi dan pasukan ini akan melihat kepada aspek kartel dan monopoli dan ini bagus kerana kartel dan monopoli mesti dipecahkan untuk mewujudkan lebih banyak persaingan di pasaran," ujar beliau.
Rabu lepas, Mesyuarat Jemaah Menteri dilaporkan bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.
Williams menegaskan bahawa kerajaan mesti melihat kepada reformasi menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada mekanisme subsidi bersasar memandangkan kerajaan masih tidak mempunyai mekanisme untuk melakukannya (subsidi bersasar). – DagangNews.com
Dagang News
Tue Jul 05 2022

Kerajaan akan meneruskan subsidi kepenggunaan yang meliputi petrol, minyak masak, tarif elektrik bagi tempoh jangka pendek. - Gambar hiasan

Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.
Agenda AWANI: Gubal RUU Perkhidmatan Parlimen
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dalam sidang kali ini dilihat sebagai langkah pertama ke arah agenda reformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen? Diskusi 8.30 malam

Kerajaan lulus bina projek RKAT bernilai RM156 juta di Butterworth - Mohamed Khaled
Kerajaan bersetuju meluluskan pembinaan baharu projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) bernilai RM156 juta di Pangkalan Udara Butterworth.
RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Pengarah Eksekutif Institut Reformasi Politik & Demokrasi (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan berkata Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka peluang kepada penubuhan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas. Manakala, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berpandangan RUU ini akan beri peluang kepada lebih banyak usul persendirian diangkat dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan.
RUU Perkhidmatan Parlimen: Pastikan pegawai kerajaan tidak takut-takut bantu wakil rakyat pembangkang - Penganalisis
Pengarah Eksekutif Institut Reformasi Politik & Demokrasi (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan berkata Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen memberi kuasa kepada parlimen untuk menentukan perbelanjaan dan perjawatan institusi berkenaan. Lanjutan itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub menjelaskan, RUU berkenaan juga memastikan setiap pegawai kerajaan membantu semua wakil rakyat dengan mandat yang jelas, tanpa takut dan bimbang. #AgendaAWANI
Wanita ditemukan maut dalam bilik, dipercayai dibunuh
Seorang wanita berusia 52 tahun ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Seri Pokok Mangga, Melaka pada Ahad.
MB Kelantan jumpa PM bincang kerjasama demi rakyat
Perdana Menteri hari ini menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud bagi membincangkan tentang usaha menambah baik kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Gula-gula kenyal masih dijual di pasaran, CAP minta haramkan terus
Menurut CAP, berdasarkan tinjauan, pihaknya mendapati gula-gula seperti itu termasuk gummy mata masih dijual secara terbuka.

Kerajaan jamin perkhidmatan Tabung Haji terus berkualiti
Kerajaan memberi jaminan kualiti perkhidmatan Tabung Haji sempena musim haji kali ini tetap berkualiti walaupun jumlah petugas bagi rombongan haji tahun ini berkurangan lima peratus.
AWANI Borneo [24/2/2025] – Di seluruh negara | Air oh air | Kesalinghubungan
AWANI Borneo Isnin, 24 Februari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar.
RM22 Bilion Diperuntuk Bagi Rancangan Tebatan Banjir.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau.
RM22 Bilion Diperuntuk Bagi Rancangan Tebatan Banjir.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau.

Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi
Nungsari berkata pengumuman tersebut munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan.