KUALA LUMPUR: Dewan Muda Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menyifatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa pemegang permit import (AP) memperoleh keuntungan sehingga RM100,000 bagi setiap kenderaan elektrik (EV) terutama Tesla adalah tidak berasas.
Ketua Dewan Muda Pekema, Raja Petra Maruddin Raja Nordin berkata, angka yang dinyatakan dalam satu laporan berita sebelum ini adalah tidak berasas kerana tidak mengambil kira pelbagai kos ditanggung termasuk belian EV, pengangkutan, waranti dan operasi.
Beliau berkata, margin keuntungan yang diambil pengimport berbanding harga kilang ketika menjual semula kereta tersebut di Malaysia adalah normal.
"Bagaimanapun, harus disedari bahawa pemegang AP mempunyai risiko tertentu seperti risiko pasaran, kos infrastruktur dan tanggungjawab untuk menyediakan jaminan dan servis selepas jualan atas inisiatif mereka sendiri, yang mana pada ketika itu kebanyakan infrastruktur belum lagi tersedia di Malaysia.
"Semua ini merupakan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan keuntungan sebenar,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa sebagai pemegang AP, mereka bukan pengilang langsung seperti Tesla yang dapat menjual dan menentukan harga kereta secara terus tanpa melalui pengedar atau pihak ketiga.
“Untuk makluman, Tesla adalah satu-satunya pengeluar kereta yang pada masa ini menjual kereta (EV) terus kepada pelanggan. Semua pengeluar kereta jenama lain menggunakan pengedar walaupun sesetengah pengeluar kereta menyediakan konfigurasi dan pembiayaan dalam talian,” jelasnya.
Katanya, faktor-faktor itu mengakibatkan tambahan kos yang harus ditanggung bagi memastikan EV yang diimport adalah selamat dan mematuhi standard tempatan.
"Dalam perkara ini, sebenarnya kita pengimport adalah perintis dan pemangkin kepada penjualan EV di Malaysia kerana tanpa sokongan kami sebagai pemegang AP, mungkin beberapa jenama EV tidak akan masuk ke pasaran Malaysia.
“Oleh itu, tuduhan yang kami mengambil keuntungan besar tanpa sebarang data atau rujukan adalah tidak adil dan merupakan cubaan untuk merosakkan reputasi dan peranan kami dalam industri ini,” tegasnya.
Raja Petra turut menekankan, mereka sentiasa terdedah kepada risiko semasa beroperasi, terutamanya ketika membawa masuk EV.
Katanya, beberapa faktor kekangan, seperti kekurangan cip dan bateri, turut mempengaruhi harga dan menyebabkan turun naik harga sesebuah EV yang tidak dapat dielakkan.
"Diharap dakwaan berkenaan dapat dilihat dengan lebih rasional dan tidak hanya berfokus pada angka semata-mata.
"Kami memainkan peranan penting dalam memperkenalkan EV kepada masyarakat Malaysia, dan seharusnya usaha kami dihargai dalam memajukan industri ini," jelasnya.
Astro Awani
Sat Aug 05 2023

Raja Petra Maruddin berkata, angka yang dinyatakan dalam satu laporan berita sebelum ini adalah tidak berasas. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.

Pengeluaran Proton e.MAS 7 ditambah sehingga 6,000 unit, permintaan meningkat
Proton sebelum ini menyasarkan 3,000 unit pengeluaran dalam tempoh enam bulan, namun ia telah melepasi sasaran itu dalam masa kurang sebulan.

Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.

163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Para pekerja tersebut telah diupah oleh sebuah syarikat lain di China sebelum dibawa ke Brazil secara tidak sah.

Chery yang pertama terima pengesahan SIRIM untuk bateri kereta elektrik
Dengan persijilan SIRIM, kenderaan elektrik Chery disahkan hadir dengan bateri yang diyakini selamat serta melepasi kualiti tinggi.

Peralihan kenderan rasmi kerajaan kepada EV dilaksana berperingkat - Nik Nazmi
Peralihan kenderaan rasmi kerajaan kepada kenderaan elektrik (EV) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

Zeekr, jenama EV premium dilancar secara rasmi, harga RM155k - RM360K
MPV mewah 009 dan kenderaan utiliti sukan X memulakan perjalanan Zeekr di negara ini bersama pemegang francaisnya Sentinel Automotive Sdn Bhd.

Negeri Sembilan komited bangunkan petak pengecasan EV
Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk membangunkan petak pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negeri ini.

1500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025
Liew berkata, langkah itu dilakukan memandangkan pengecas DC mampu mengecas kenderaan EV dengan pantas.