Pengeluar kereta kompak, Perodua menawarkan pemeriksaan percuma, bantuan tunda di samping diskaun ke atas komponen terpilih kepada pelanggan yang kereta mereka rosak akibat gempa di Sabah.
“Harapan dan doa kami bersama penduduk Sabah ketika tempoh mencabar ini dan takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan.
Bantuan Perodua itu berikuan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah pada Jumaat lepas.
Mengenai bantuan yang diberikan, beliau berkata, Perodua akan membayar balik bayaran tunda ke Servis Perodua terdekat sehingga RM100 untuk pemeriksaan dan pembaikan.
Selain itu, Perodua juga menawarkan diskaun 20 peratus ke atas alat ganti tulen kepada pemilik Perodua yang kenderaan mereka rosak.
Pemilik kenderaan Perodua digalak menghubungi talian Smart Assist di 1800885555 untuk maklumat lanjut serta perkhidmatan tunda.
Bernama
Sun Jun 07 2015

AMINAR: Perodua akan bayar balik bayaran tunda ke Servis Perodua terdekat sehingga RM100 untuk pemeriksaan dan pembaikan selain menawarkan diskaun 20 peratus ke atas alat ganti tulen.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

MARii lantik Aminar Rashid pengerusi baharu lembaga pengarah
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia(MARii) mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu.

Pemeriksaan percuma, diskaun untuk kereta Perodua rosak akibat gempa
Perodua akan bayar balik bayaran tunda ke Servis Perodua terdekat sehingga RM100 selain menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti tulen.