PEMIMPIN Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan hampir mencapai persetujuan berhubung pelan rangsangan bernilai 750 bilion Euro.
Ini selepas Presiden Majlis EU Charles Michel membentangkan kompromi untuk mengurangkan jurang antara kumpulan yang bersetuju dan yang tidak.
Michel yakin persetujuan akan dapat dicapai untuk memastikan keyakinan pulih semula ke atas pemulihan di blok itu.
Cadangan Michel adalah untuk memberikan geran berjumlah 390 bilion Euro, dan selebihnya 310 bilion Euro dalam bentuk pinjaman, dengan kadar yang sangat rendah.
Pelan ini dijangka memberikan manfaat kepada negara termasuk Itali dan Sepanyol yang terjejas teruk akibat COVID-19.
"Kami telah mencapai kesepakatan mengenai pakej pemulihan dan belanjawan Eropah. Ia sememangnya satu perundingan yang sukar, dalam waktu yang sukar, untuk semua orang Eropah.
"Ia satu maraton yang berakhir dengan kejayaan untuk semua 27 negara anggota, terutamanya untuk semua penduduknya. Ini merupakan satu perjanjian yang bagus, perjanjian yang kukuh, dan paling penting, perjanjian yang paling tepat untuk Eropah buat waktu ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada hari keempat sidang kemuncak EU di Brussels pada Selasa.
Dalam masa yang sama, Michel mencadangkan negara yang menerima bantuan harus mendapat persetujuan majoriti negara EU tentang bagaimana ia akan dibelanjakan.
The Netherlands sebelum ini inginkan supaya kuasa veto diberikan bagi memastikan negara yang menerima bantuan tidak alpa tentang reformasi ekonomi.
Pelan rangsangan tersebut akan dibiayai ahli EU.
Ia dijangka memberikan gambaran tentang kekuatan EU selepas Britain keluar atau langkah Brexit dan kemampuan ahli untuk meluluskan pelan pemulihan ekonomi.
Ketika ini cabaran datang daripada negara dengan disiplin kewangan yang kuat termasuk The Netherlands yang enggan berganjak dalam isu nisbah geran kepada pinjaman.
EU kini berada dalam kemelesetan yang terburuk sejak Perang Dunia II.
Astro Awani
Tue Jul 21 2020

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Angela Merkel berbincang semasa sidang kemuncak EU pertama diadakan secara bersemuka susulan penularan COVID-19, di Brussels, 20 Julai, 2020. REUTERS

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah
Badan eksekutif Kesatuan Eropah itu akan melancarkan prosedur pelanggaran bagi melindungi pasaran tunggal blok itu daripada risiko pencabulan protokol.

Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK
Bermula 1 Jan, pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh mengenai barangan yang dibawa masuk ke UK dari EU atau negara lain.

Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang
Perdana Menteri boleh meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika tidak lagi mendapat majoriti.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal
Kerajaan UK sebelum ini menyatakan, pemeriksaan sempadan yang dikenakan terhadap barangan dari Ireland Utara terbukti tidak dapat dilaksanakan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hubungan dengan EU: UK minta runding semula babitkan peraturan dagang
Protokol itu perlu ditulis semula kerana ia melemahkan proses perdamaian dan mempengaruhi kehidupan rakyat di Ireland Utara.

Pasca-Brexit: Parlimen Eropah akan sahkan perjanjian perdagangan
Rancangan asal EU bertujuan mengelak pembukaan sempadan antara Ireland dengan Ireland Utara menjadi pintu belakang bagi bekalan vaksin.

Nelayan Britain berdepan risiko hilang pendapatan susulan larangan eksport EU
Larangan itu dibuat selepas Britain meninggalkan EU pada 1 Januari lalu, yang mana hasil laut yang berkenaan perlu dibersihkan sebelum digunakan dan tidak boleh dijual kepada 27 ahli blok berkenaan.

Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan (PH) akan terus berpolitik demi memastikan suara rakyat terus didengari meskipun ada desakan supaya sebarang bentuk politik dihentikan buat masa ini.