KUALA LUMPUR: Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2023 mendapat sambutan memberangsangkan kerana lebih daripada 500 peserta mengesahkan penyertaan pada pameran tersebut setakat ini.
Penganjur pameran perdagangan perabot perniagaan kepada perniagaan (B2B) terbesar di Asia Tenggara, Informa Markets dalam satu kenyataan berkata, permintaan meningkat untuk pameran yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mac itu telah menambahkan prospek lebih hampir kepada 600 peserta pameran.
"Ia telah menarik syarikat-syarikat besar industri tersebut dari Malaysia dan pengeluar Asia lain dari China, India, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan pavilion oleh Taiwan, Jepun dan Korea Selatan," katanya.
Selain itu, pembukaan semula pintu sempadan China akan membawa lebih 200 syarikat dari beberapa bandar dan penampilan pertama Furniture China @Malaysia Show di MIFF untuk edisi pertamanya di luar Shanghai.
Antara senarai syarikat Malaysia diterajui oleh pengeluar terbesar negara ialah Poh Huat, Ecomate, Favorite Design, SWS, Wegmans, Ivorie, Merryfair, Step Furniture, WA Furniture, Inception, dan Lifestyle International.
Selain itu, pameran yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) telah menerima pendaftaran pembeli dari 116 negara dan rantau dan setakat ini semua berminat untuk berhubung semula dengan pembekal pada acara perabot di Asia itu.
Informa Markets berkata pembeli boleh membuat pra pendaftaran untuk kemasukan percuma sebelum 15 Februari 2023 dan memanfaatkan pemberian diskaun hotel kepada mereka yang mendaftar awal dengan melayari di www.miff.com.my.
Sementara itu, Pengurus Besar MIFF, Kelie Lim berkata, pameran perdagangan itu kini kembali kepada skala pra pandemik dan ia akan meningkatkan pertumbuhan industri dan perdagangan global.
"MIFF menawarkan pelbagai peluang yang luar biasa untuk pelanggan kami mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat keterlihatan dalam kalangan pembeli di seluruh dunia.
"Kami mengalu-alukan pameran Furniture China dan jenama yang dibawanya untuk menambah nilai di lokasi pameran dan meningkatkan pengalaman keseluruhan untuk pelanggan kami," kata Lim. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2023 mendapat sambutan memberangsangkan kerana lebih daripada 500 peserta mengesahkan penyertaan. - Gambar BERNAMA

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Pelajar UTM, Vistawood muncul pemenang MIFF 2023
Aric Neo Yong memenangi hadiah pertama, menewaskan lebih 250 pesaing dengan membawa pulang RM5,000.

Pempamer, pembeli berdaftar dijangka meningkat di MIFF 2023
Pembukaan semula pintu sempadan China akan membawa lebih 200 syarikat dari beberapa bandar.