KUALA LUMPUR: Firma Penyelidikan AmInvestment Research menjangkakan Bursa Malaysia akan mencatatkan pendapatan lebih rendah pada suku keempat 2021 (4Q21) iaitu sebanyak RM71 juta akibat penurunan nilai dagang purata harian (DATV) untuk pasaran sekuriti.
Pada 4Q21, DATV untuk pasaran dagangan ekuiti menurun kepada RM2.5 bilion berbanding 3Q21 dan 2Q21 sebanyak RM2.9 bilion serta RM3.8 bilion, dari segi bulanan, Oktober, November serta Disember 2021 DATV menurun kepada RM2.9 bilion, RM2.8 bilion dan RM1.9 bilion.
Pada tahun kewangan 2021 (FY21), pasaran untuk sekuriti untuk tahun penuh berada pada paras RM3.5 bilion, lebih rendah daripada unjuran RM3.7 bilion dan ia berpunca daripada aktiviti perdagangan yang perlahan sekali gus mencatatkan penurunan sebanyak 15.8% dari segi DATV berbanding RM4.2 bilion pada FY20.
Sejumlah 41.7% nilai sekuriti didagangkan pada 4Q21 berbanding 33.5% pada 3Q21 dan ia disumbangkan oleh dagangan sekuriti daripada intitusi antarabangsa.
"Kemasukan dana asing ke dalam pasaran sekuriti adalah tinggi pada paras RM600 juta pada 4Q21 berbanding RM452 juta pada 3Q21. Bagaimanapun ia diimbangi dengan aliran keluar dana asing sebanyak RM1.1 bilion pada Disember 2021," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, baru-baru ini pihak berkuasa mengumumkan bahawa setiap transaksi pasaran sekuriti sebanyak RM1,000 akan dikenakan duti setem pada kadar 0.15%, walaupun ia lebih tinggi namun penetapan itu memberikan kelegaan kepada pasaran sekuriti.
Ia juga dilihat akan mengurangkan kelembapan dagangan saham oleh pelabur runcit dan institusi berbanding pemasuhan harga asas transaksi yang diumumkan pada Bajet 2022.
"Kami menjangkakan DATV untuk pasaran sekuriti pada FY22/23 akan menjadi lebih rendah berbanding dua tahun kewangan sebelum ini akibat pengurangan pembelian aset akibat tekanan inflasi dan mengurangkan kadar kecairan di dalam pasaran, pemberian moratorium selepas FY21 dan peningkatan kadar faedah.
"Kami mengekalkan saranan 'pegang' untuk Bursa Malaysia pada harga RM6.50 sesaham berbanding RM7.90 sesaham sebelum ini," katanya.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Jan 26 2022

Firma Penyelidikan AmInvestment Research mengekalkan saranan 'pegang' untuk Bursa Malaysia pada harga RM6.50 sesaham berbanding RM7.90 sesaham sebelum ini. - Gambar fail
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.