Pendapatan median dan purata isi rumah di Malaysia bertambah baik dari tempoh 2012 hingga 2014 dengan pertambahan purata RM1,141.
Pengarah Urusan Khazanah Research Institute (KRI), Datuk Charon Mokhzani berkata pendapatan median rakyat Malaysia berada pada RM4,585 manakala pendapata purata berada pada RM6,141 bagi setiap isi rumah.
Menurutnya lagi, kajian Kedudukan Isi Rumah Siri Dua oleh KRI, pendapatan kumpulan bawah 40 peratus (B40) turut tumbuh pantas bagi tempoh berkenaan.
Beliau berkata, antara yang memacu pertumbuhan itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Kadar upah meningkat, apabila kadar gaji minimum berkuatkuasa, ia membantu golongan berpendapatan rendah dan juga BR1M.
"Ketiga-tiga perkara ini membantu meningkatkan pendapatan. Bagi jangka panjang kita perlu bantu orang untuk dapatkan gaji yang tinggi.
"Untuk capai ini, pendidikan adalah kunci, semakin tinggi pendidikan, semakin tinggi gaji. Kita perlu ubah ekonomi supaya peluang pekerjaan yang diwujudkan memerlukan pendidikan dan latihan." Katanya selepas membentangkan laporan tersebut di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Kajian KRI, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, BR1M harus diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendah.
"BR1M memerlukan penambahbaikan, contohnya ketirisan seperti ada yang bukan golongan B40 tetapi menerima BR1M, ini penambahbaikan kecil yang diperlukan. Perubahan besar yang diperlukan dalam BR1M adalah jadikan ia bersyarat. Sebagai contoh pastikan anak kepada penerima pergi ke sekolah," katanya.
Dr Muhammed berkata, anak penerima BR1M perlu melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan wang itu digunakan untuk membeli makanan sihat.
Tambahnya lagi, pendekatan bersyarat dalam pemberian bantuan sudah dilakukan banyak negara.
Bagaimanapun, Charon dan Dr Muhammed berkata, bergerak ke hadapan, cabaran ekonomi dijangka memberi tekanan ke atas pendapatan isi rumah.
Dalam laporan KRI, jumlah kemiskinan turut menunjukkan penurunan kepada 0.6 peratus pada 2015 berbanding 1.7 peratus 2012.
Namun antara kegusaran yang digariskan adalah kadar pengangguran yang meningkat meskipun masih rendah pada 3.1 peratus pada 2015.
Golongan belia khususnya mempunyai pengangguran pada 3.4 peratus pada tahun berkenaan.
Antara hasil kajian lain yang dilaporkan termasuk hutang isi rumah yang meningkat dengan isi rumah dengan pendapatan kurang RM3000 sebulan mempunyai nisbah hutang 7 kali gaji tahunan mereka.
Najib Aroff
Mon Aug 29 2016
![Pendapatan purata isi rumah Malaysia bertambahbaik pada 2014 - Kajian KRI Pendapatan purata isi rumah Malaysia bertambahbaik pada 2014 - Kajian KRI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51449551554_BRM.jpg)
BR1M harus diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendah. - Gambar fail
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
![Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61528103936_Zuraida.jpg)
Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.
![BR1M akan dibayar sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng BR1M akan dibayar sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41527322260_BRM.jpg)
BR1M akan dibayar sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng
Bantuan itu akan dibayar kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.
![Manifesto BN asas kemenangan dua pertiga pada PRU14 - Syed Ali Manifesto BN asas kemenangan dua pertiga pada PRU14 - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81523119858_DSnajibrazak.jpg)
Manifesto BN asas kemenangan dua pertiga pada PRU14 - Syed Ali
Manifesto Barisan Nasional (BN) bakal melonjakkan peningkatan undi rakyat untuk memenangi majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
![Kepelbagaian ekonomi Malaysia bantu negara capai status negara berpendapatan tinggi Kepelbagaian ekonomi Malaysia bantu negara capai status negara berpendapatan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81489507568_PerdanaPutra.jpg)
Kepelbagaian ekonomi Malaysia bantu negara capai status negara berpendapatan tinggi
Polisi kerajaan yang mempelbagaikan struktur ekonomi negara ini adalah keputusan yang tepat untuk mengukuhkan sistem kewangan negara.
![80 peratus penerima BR1M terima bayaran peringkat pertama 80 peratus penerima BR1M terima bayaran peringkat pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51520699575_OthmanAziz.jpg)
80 peratus penerima BR1M terima bayaran peringkat pertama
Penyaluran ke akaun bank penerima dijangka selesai sepenuhnya pada akhir bulan Mac ini.
!['Idea BR1M bukan dari saya tetapi dari Bank Negara' - PM Najib 'Idea BR1M bukan dari saya tetapi dari Bank Negara' - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41519540242_NajibRazak.jpg)
'Idea BR1M bukan dari saya tetapi dari Bank Negara' - PM Najib
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan cetusan idea Bank Negara Malaysia (BNM) yang mahu bantuan disalurkan kepada rakyat secara lebih berkesan.
![Bayaran BR1M fasa kedua dan ketiga pada Jun, Ogos - PM Najib Bayaran BR1M fasa kedua dan ketiga pada Jun, Ogos - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517886780_Perdanamenteri.jpg)
Bayaran BR1M fasa kedua dan ketiga pada Jun, Ogos - PM Najib
Bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai Isnin ini, dan bayaran seterusnya pada Jun dan Ogos.
![Pengagihan BR1M bermula Isnin Pengagihan BR1M bermula Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81513844381_Bantuan.jpg)
Pengagihan BR1M bermula Isnin
BR1M pada tahun ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam tiga fasa.
![Selepas Arab Saudi, kini Mesir berminat tiru BR1M Selepas Arab Saudi, kini Mesir berminat tiru BR1M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81513844381_Bantuan.jpg)
Selepas Arab Saudi, kini Mesir berminat tiru BR1M
Mesir menjadi negara terbaharu selepas Arab Saudi yang berminat melaksanakan program serupa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan di negara ini pada 2012
![BR1M bukan dedak - PM BR1M bukan dedak - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71502841564_Bantuan.jpg)
BR1M bukan dedak - PM
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan dedak atau umpan seperti yang dituduh pembangkang.