KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan untung bersih kepada RM888.90 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2022 (S3 TK2022), jatuh 14 peratus daripada RM1.03 bilion yang dicatatkan setahun sebelumnya.
Syarikat gergasi utiliti itu berkata kerugian tukaran mata wang asing yang lebih tinggi, kos kewangan dan perbelanjaan cukai mengimbangi keuntungan operasinya, yang mana meningkat dengan kukuh walaupun perbelanjaan operasi meningkat 51.2 peratus di tengah-tengah kos penjanaan yang lebih tinggi.
Keuntungan operasi meningkat 41.4 peratus tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM2.91 bilion berikutan 47 peratus, atau RM6.09 bilion, peningkatan hasil kepada RM19.07 bilion, kata TNB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
Kumpulan itu mengaitkan hasil yang lebih tinggi terutamanya disebabkan kurangnya pemulihan yang lebih tinggi bagi Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak RM6.11 bilion berbanding RM1.31 bilion pada suku yang sama tahun lepas.
Sementara itu, keuntungan bersih untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2022, turun 4.7 peratus tahun ke tahun kepada RM2.65 bilion walaupun pendapatan melonjak 46 peratus kepada RM53.87 bilion.
"Ini (keuntungan selepas cukai yang lebih rendah) disebabkan terutamanya oleh kerugian tukaran mata wang asing yang lebih tinggi, kos kewangan dan perbelanjaan cukai, termasuk cukai tambahan iaitu Cukai Makmur bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (TK2022) berjumlah RM414.3 juta," katanya.
Sehubungan itu lembaga pengarah tidak mencadangkan sebarang dividen untuk S3 TK2022.
Mengenai prospeknya, TNB berkata dengan mengambil kira persekitaran perniagaan yang mencabar, kumpulan itu menjangkakan "prestasi yang munasabah" untuk 2022.
"Walau bagaimanapun, kumpulan tetap berhati-hati dan mengambil langkah berhemat dari segi keperluan operasi dan kewangannya untuk memastikan ia kekal berdaya tahan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
TNB berkata dengan mengambil kira persekitaran perniagaan yang mencabar, kumpulan itu menjangkakan 'prestasi yang munasabah' untuk 2022.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.
Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.
THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.
Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.
Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik Semenanjung sehingga kini - Fadillah
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik hingga jejaskan rakyat - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.