KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd berkata penempatan sahamnya dengan dua pelabur institusi adalah tepat pada masanya dan strategik untuk mengumpul dana terutamanya untuk pengaktifan semula dan penyelenggaraan pesawat syarikat itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia X berkata penempatan itu akan menjadi usaha pengumpulan dana ekuiti pertama syarikat sejak 2015 dalam pada AirAsia X terus menilai prestasi operasi dan kewangannya serta pelan penyusunan PN17 yang sedang dijalankan.
"Hasil daripada cadangan penempatan itu akan dimanfaatkan sebagai langkah pengumpulan dana sementara untuk memperkukuh keperluan modal kerja jangka pendeknya sementara AirAsia X terus pulih dan mengembangkan operasinya dalam era pasca pandemik ini," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Benyamin Ismail berkata AirAsia X terus berkembang sejak pembukaan semula sempadan serantau tahun lepas, dan telah meningkatkan operasinya untuk memenuhi permintaan bagi perjalanan udara antarabangsa merentasi rantau ini.
"Sehingga Mei 2023, AirAsia X mempunyai 17 buah pesawat dalam kumpulannya, dengan 11 buah pesawat telah diaktifkan dan beroperasi, dan kami menyasarkan untuk mengaktifkan lebih banyak pesawat menjelang akhir tahun.
"Setakat ini, kami telah melaporkan pemulihan prestasi kewangan syarikat yang mencatatkan keuntungan pada dua suku tahun berturut-turut bagi tempoh kewangan berakhir 30 September 2022 dan 31 Disember 2022," katanya.
Beliau berkata dengan cadangan penempatan ini juga menandakan AirAsia X berada tepat pada landasannya dan akan mempunyai asas yang lebih kukuh untuk usaha berterusan dan bersepadu bagi menggiatkan semula perniagaannya, sejajar dengan pemulihan industri dalam masa terdekat.
AirAsia X kini terbang ke 16 destinasi jarak sederhana termasuk Chengdu (Tianfu) yang dilancarkan baru-baru ini dan tiga laluan jarak dekat dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Bali - Denpasar dan Bangkok, dengan jumlah 83 penerbangan mingguan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, AirAsia X bercadang untuk melaksanakan penempatan 32.25 juta saham biasa baharu pada harga terbitan RM1.55 sesaham untuk meningkatkan hasil kasar kira-kira RM50.00 juta.
Penempatan itu mewakili 7.78 peratus daripada jumlah saham terbitan kepada AHAM Asset Management Bhd, AIIMAN Asset Management Sdn Bhd dan Lavin Group Sdn Bhd.
"Hasil berjumlah kira-kira RM49.45 juta akan digunakan untuk membiayai keperluan modal kerja kumpulan -- kos pengaktifan pesawat: RM23.0 juta, kos penyelenggaraan pesawat: RM18.50 juta dan perbelanjaan operasi lain: RM7.90 juta.
"Anggaran perbelanjaan berhubung cadangan tawaran itu ialah RM600,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
AirAsia X terus berkembang sejak pembukaan semula sempadan serantau tahun lepas, dan telah meningkatkan operasinya untuk memenuhi permintaan bagi perjalanan udara antarabangsa merentasi rantau ini. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.