Pulau Pinang memulakan "Experience Penang Year 2020" dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu bagi laluan Pulau Pinang-Taiwan oleh Starlux Airlines bermula 23 Jan ini.
Penerbangan sulung syarikat penerbangan itu menggunakan pesawat Airbus A321neo dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada 23 Januari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira empat setengah jam selepas berlepas.
Bercakap pada sidang akhbar di sini pada Selasa, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang (PETACH) Yeoh Soon Hin berkata Pulau Pinang jadi satu-satunya lokasi di Malaysia yang dipilih untuk penerbangan dari lapangan terbang di New Taipei City.
"Kami bangga Pulau Pinang menjadi salah satu daripada tiga bandar antarabangsa yang dipilih," katanya merujuk kepada dua bandar raya lain, Macau (China) dan Da Nang (Vietnam).
Beliau berkata PETACH telah bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan itu sejak Jun tahun lepas bagi merealisasikan penerbangan terus itu.
Sementara itu, Pengurus Besar Starlux Airlines Co Ltd (Cawangan Malaysia) Chin-wen Hsu, yang turut menghadiri sidang akhbar itu, berkata sebelum keputusan untuk melaksanakan penerbangan Pulau Pinang-Taiwan itu, mereka telah meninjau persekitaran pelancongan di Pulau Pinang dan melihat potensi pasaran yang luas.
"Melalui tinjauan itu, kami mendapati syarikat penerbangan lain yang mengendalikan penerbangan terus Pulau Pinang-Taiwan mempunyai kira-kira 80 peratus kapasiti penumpang setiap tahun pada 2017 dan 2018.
"Kami berharap boleh bekerjasama dengan PETACH dan Penang Global Tourism untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah persekitaran pelancongan yang lebih baik dan juga kawasan pelaburan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020

AirAsia menerima pesawat Airbus A321neo yang pertamanya pada November lalu di Hamburg, Germany. - Foto AirAsia/Fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penerbangan terus baharu Pulau Pinang-Taiwan bermula 23 Jan
Penerbangan sulung syarikat penerbangan itu menggunakan pesawat Airbus A321neo dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada 23 Januari.