KUCHING: Proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan Sarawak dijangka dimuktamadkan pada suku kedua atau ketiga tahun depan, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
Beliau berkata pada masa ini proses penilaian wajar terhadap syarikat itu sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak serta Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan bersama Kementerian Pengangkutan Persekutuan dan Khazanah Nasional Berhad.
"Kementerian Pelancongan ditugaskan untuk melihat potensi pasaran. Bagi saya projek pengambilalihan adalah seperti jambatan untuk kita. Sarawak tiada pilihan lain, kita tak boleh suruh orang berenang sebab kita pulau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'The Life of Datuk Polycarp Sim Cheng Mong' di sini, hari ini.
Pada 23 Nov lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan negeri, Datuk Dr Jerip Susil berkata kerajaan negeri Sarawak sedang menjalankan proses penilaian wajar terhadap MASwings Sdn Bhd sebagai persediaan untuk pengambilalihan.
Katanya, rundingan juga sedang dijalankan dengan Malaysia Aviation Group (MAG) dan Khazanah Nasional Bhd untuk membeli saham dalam MASWings.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023

Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pada masa ini proses penilaian wajar terhadap syarikat itu sedang giat dijalankan. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.

MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.

Pengambilalihan MASwings tangguh ke suku pertama 2025 sebab percanggahan penilaian aset - Premier Sarawak
Abang Johari menjelaskan persetujuan telah dicapai secara prinsip antara Kementerian Pengangkutan Sarawak dan MAVCOM.

Pengambilalihan MASwings dijangka selesai menjeang suku kedua atau ketiga tahun depan
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pada masa ini proses penilaian wajar terhadap syarikat itu sedang giat dijalankan.

Tiada tarikh ditetapkan untuk pengambilalihan Pelabuhan Bintulu - Pengerusi BPHB
Pengerusi Bintulu Port Holdings Bhd, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata syarikat itu sentiasa mengikuti proses dan status pelabuhan itu.

UOB selesai ambil alih Citigroup
Pengambilalihan perniagaan perbankan pengguna Citigroup di Indonesia dan Vietnam dijangka selesai pada 2023.

BNM beri MBSB pelanjutan hingga 5 Jan muktamad rundingan pengambilalihan MIDF
Butiran lanjut mengenai urus niaga yang dicadangkan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pecca batal ambil alih 51% ekuiti Rentas Health, ubah suai strategi pelbagaikan perniagaan
Perjanjian Jual Beli bertarikh 2 Ogos 2021 dibatalkan berkuatkuasa serta-merta.

Konsortium Arab Saudi ambil alih Newcastle United
Ia menyaksikan PIF Arab Saudi mengambil alih 80 peratus kepentingan kelab, lantas mengakhiri pemilikan Mike Ashley selama 14 tahun.

KDA FC: Penyokong Kedah diharap setuju keputusan Presiden KFA
Semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA percaya keputusan presidennya Muhammad Sanusi Md Nor dibuat selepas mempertimbangkan semua aspek teknikal dan perundangan.