KUALA LUMPUR: Momentum pertumbuhan yang menggalakkan dalam ekonomi domestik dipercayai akan berterusan sehingga ke separuh kedua 2022.
Ini memberi keyakinan kepada MIDF Research untuk mengekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 pada 6%, berbanding 3.1% pada tahun lalu.
Menurut firma itu, di sebalik kenaikan inflasi, data perbelanjaan domestik menunjukkan ia berkembang dengan pantas, meraih manfaat daripada pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa.
Selain itu, katanya, pemulihan pasaran buruh di tengah-tengah peningkatan permintaan buruh turut menyokong perbelanjaan pengguna.
"Prestasi perdagangan menunjukkan perniagaan meningkatkan import barangan perantaraan. Selaras dengan peningkatan dalam indeks pelopor (LI), ini menunjukkan perniagaan meningkatkan aktiviti mereka dengan menjangkakan permintaan yang semakin berkembang," katanya dalam nota kajian.
IP yang memberi isyarat momentum pertumbuhan berterusan, kembali pulih ke paras pertumbuhan positif bagi Mei pada 2.2% tahun ke tahun selepas mengalami penguncupan selama 3 bulan.
Pertumbuhan positif ini disokong oleh import benar lebih tinggi bagi logam asas dan bukan ferus lain berikutan langkah perniagaan membeli lebih banyak barangan perantaraan sebagai jangkaan peningkatan prospek perniagaan serta permintaan.
Dari segi luaran, MIDF Research menjangkakan pertumbuhan yang mampan dalam permintaan asing untuk produk elektrik dan elektronik (E&E) dan komoditi, terutama minyak sawit dan petroleum, akan terus memacu eksport Malaysia dalam beberapa bulan akan datang.
"Namun begitu, kami berpendapat risiko penurunan terhadap prospek pertumbuhan akan datang terutamanya dipengaruhi faktor luaran seperti pertumbuhan lembap di China, perang yang berterusan di Ukraine, perubahan harga komoditi global dan ketidaktentuan pasaran kewangan antarabangsa," jelasnya.
Sementara itu, Data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi Julai 2022 memberikan isyarat bahawa keadaan operasi di seluruh sektor pembuatan ASEAN sekali lagi mencatatkan peningkatan sederhana dengan bacaan PMI di Malaysia mencapai paras tertinggi dalam tempoh 3 bulan pada bulan itu.
S&P Global Market Intelligence menerusi laporan PMI Pembuatan ASEAN Global berkata, PMI Malaysia naik kepada 50.6 pada Julai berbanding 50.4 pada Jun, mencerminkan sedikit kemajuan dalam sektor berkenaan.
Mengulas mengenai perkembangan sektor berkenaan, Kenanga Research berkata, aktiviti pembuatan bertambah baik untuk bulan kedua, didorong oleh peningkatan dalam tahap pengeluaran di tengah-tengah peningkatan pesanan, dengan volum keluaran kembali kepada pertumbuhan buat kali pertama dalam tempoh 7 bulan.
"Tetapi, harga bahan mentah yang tinggi dan kekangan bekalan, telah menjejaskan pemulihan, selaras dengan pandangan kami bahawa sektor pembuatan masih dikelilingi oleh risiko penurunan yang boleh menghalang potensi pertumbuhannya," katanya.
Bagaimanapun, firma itu mengekalkan pandangan bahawa sektor pembuataan domestik berada dalam laluan pemulihan dengan mengambil kira prestasi dagangan luar yang positif dan aktiviti domestik yang semakin bertambah baik.
Ia menjangkakan sektor tersebut akan berkembang sederhana tahun ini pada 5.7% berbanding 9.5% pada 2021 ekoran meningkatnya tekanan luaran disebabkan dasar sifar COVID-19 yang dilaksanakan China dan kebimbangan krisis Rusia-Ukraine.
"Kesan buruk dijangka minimum disebabkan kepelbagaian eksport Malaysia, disokong oleh sektor E&E, harga komoditi yang agak tinggi, dan permintaan luar yang kukuh daripada rakan dagangan utama.
"Oleh itu, kami mengekalkan unjuran bagi pertumbuhan KDNK suku kedua ini pada 7.7%, manakala bagi tahun penuh 2022 pula ialah pada 5% hingga 5.5%," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Aug 02 2022

PMI bagi Julai 2022 memberikan isyarat bahawa keadaan operasi di seluruh sektor pembuatan ASEAN sekali lagi mencatatkan peningkatan sederhana. - Gambar hiasan/DagangNews

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Penganalisis unjur KDNK berkembang antara 5 - 6 peratus tahun ini
Di sebalik kenaikan inflasi, data perbelanjaan domestik menunjukkan ia berkembang dengan pantas.