Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, yang nasibnya jauh berbeza daripada pesaing, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), bersedia untuk kembali dalam arena pada tahun depan dengan pelancaran beberapa model baharu pada 2016.
Dalam usaha memulihkan kedudukan, 2016 menjadi tahun yang sangat sibuk bagi Proton dengan pengenalan empat produk baharu untuk bersaing dengan pengeluar kereta lain dalam pasaran yang sengit, di samping meraih kembali keyakinan pelanggan terhadap syarikat dan jenama.
Proton melancarkan tiga model sedan baharu 'Perdana', 'Persona' dan 'Saga', masing-masing pada Jun, Ogos dan September manakala 'Ertiga', kenderaan pelbagai guna yang dibangunkan bersama Suzuki, muncul buat pertama kali pada November.
Sementara itu, Perodua, melancarkan sedan pertamanya 'Bezza' pada Julai, selepas 23 tahun memberi tumpuan dalam menghasilkan kereta kecil.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata pengeluar kereta tempatan yang ditubuhkan pada 1983 itu, bersedia untuk kembali di arena persaingan dan yakin dapat mencatat jualan sekurang-kurangnya 10,000 unit sebulan bermula tahun depan.
Jumlah jualan bagi 2016, bagaimanapun, dijangka di bawah sasaran memandangkan momentum pembelian model baharu hanya baru kembali pulih, katanya.
Menjelang akhir 2016, beliau menjangka Proton akan mencapai jualan maksimum sebanyak 90,000 unit.
"Kelewatan pelancaran beberapa model telah menjejaskan sasaran jualan untuk 2016.
"Bagaimanapun dengan kesemua empat produk itu, kami yakin tahun depan akan dapat mencapai sekurang-kurangnya 10,000 jualan setiap bulan, atau 120,000 unit bagi keseluruhan 2017," katanya kepada Bernama.
Pembuat kereta itu turut bekerjasama dengan Petronas untuk pelbagai minyak enjin eksklusif, Petronas Syntium SE dan menyelaraskan harga komponennya, bagi lebih 600 barangan pada separuh kedua 2016 untuk membolehkan pelanggan Proton menikmati prestasi kereta yang lebih baik serta mengurangkan kos pemilikan dalam jangka panjang.
Ia juga melanjutkan operasi tujuh hari pusat penyelenggaraan terpilih kepada 27 cawangan (setakat Disember) dalam menggiatkan usaha menyediakan fleksibiliti, pengalaman perkhidmatan pelanggan lebih baik dan meningkatkan perkhidmatan selepas jualan.
"Seluruh usaha dalam Proton kini memberi tumpuan kepada pelanggan.
"Kami cuba untuk memastikan kepercayaan pelanggan kembali kepada Proton dan dengan memberikan produk yang baik, 'Insha Allah' jualan kami akan menjadi lebih baik tahun depan," kata Ahmad Fuaad.
Pada tahun ini, pembuat kereta nasional juga menyaksikan peletakan jawatan pengasasnya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac.
Bagaimanapun, pihak pengurusan kanan Proton akan terus membuka jalan ke arah masa depan yang lebih baik bagi syarikat.
Pada 8 April, kerajaan meluluskan RM1.5 bilion pinjaman mudah kepada Proton untuk membantu memulihkan pembuat kereta itu dengan antara syarat-syaratnya, syarikat perlu segera mengenal pasti rakan kongsi strategik untuk menghadapi persaingan sengit daripada pembuat kenderaan lain.
Sementara itu, syarikat induk Proton, DRB-Hicom Bhd menerbitkan sehingga 1.25 bilion saham keutamaan terkumpul boleh tukar boleh tebus (RCCPS) baru pada Jun pada RM1 setiap satu kepada Govco Holdings Bhd, 99.99 peratus dimiliki oleh Kementerian Kewangan.
RCCPS sebanyak RM1.25 bilion itu adalah selain daripada pinjaman mudah RM1.5 bilion untuk permodalan semula Proton untuk transformasi dan penstrukturan semulanya.
Proton kini dalam proses melaksanakan proses permintaan untuk cadangan (RFP) mencari rakan kongsi yang boleh memberikan kesesuaian budaya, strategik dan operasi secara tetap dengan hasrat mengembangkan perniagaan automotifnya.
Syarikat telah menyenarai pendek tiga bakal rakan kongsi strategik asing dan mengikut Ahmad Fuaad, ketiga-tiga pengeluar kenderaan itu mempunyai kriteria yang boleh melonjakkan Proton ke peringkat lebih tinggi.
Beliau menjangka akan menerima cadangan lengkap pada Februari 2017 dan akan membuat pengumuman pada suku pertama (2017) selepas rakan kongsi akhir dipilih.
"Mungkin ada rundingan lanjut sebelum dimuktamadkan tetapi diharapkan pemeteraian dapat dilaksanakan pada Mei 2017," katanya.
Sementara itu, 2016 merupakan tahun yang mencabar bagi sektor tersebut sehingga menyebabkan Persatuan Automotif Malaysia mengkaji semula unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 580,000 unit daripada 650,000 unit pada separuh kedua tahun 2016 disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi global serta sentimen pengguna yang kurang memberangsangkan.
Peneraju pasaran Perodua, yang sebelum ini mengekalkan sasaran jumlah jualannya tahun ini pada 216,000 unit berdasarkan unjuran permintaan bagi Bezza, telah mengakui suku keempat 2016 agak sukar.
Presiden dan CEO Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata Perodua telah bersiap sedia dengan aktiviti promosi pada suku terakhir tahun ini dengan tiga kempen berasingan dalam usaha melonjak jualan bagi tahun ini.
"Tahun ini merupakan tahun yang sukar. Kami mungkin mengakhir tahun ini dengan (angka) rendah sedikit daripada sasaran jualan kami sebelum ini," katanya.
Aminar menjangka 2017 juga tahun yang mencabar terutamanya pada separuh pertama dengan jualan lebih baik muncul pada separuh kedua.
"Kami akan terus berusaha meningkatkan keempat-empat model kami, dengan Bezza dan Axia menerajui keseluruhan permintaan bagi 2017," katanya.
Berterusan mengatasi Proton dari segi TIV sejak 2009, Aminar telah membawa jualan Perodua untuk mencecah paras tertinggi pada 2015 dengan 213,300 unit dijual, serta paling tinggi dalam bahagian pasaran (32 peratus) dan dalam perniagaan selepas jualan (1.96 juta pengambilan).
Mengenai pencapaian, Proton Saga, Proton Persona dan Perodua menerima anugerah dalam kategori Anugerah Khas di majlis anugerah "Malaysia Car of The Year (COTY) 2016" yang diadakan bulan ini, di atas pencapaian nilai untuk wang, peningkatan kecekapan bahan api, serta keupayaan reka bentuk tempatan.
Bezza 1.3 model Advance Perodua memenangi anugerah Kereta Pertama Tahunan, Honda Civic 1.5TC dipilih sebagai Kereta Terbaik 2016, manakala Yoichiro Ueno, bekas CEO dan Pengarah Urusan Honda telah dinobatkan sebagai Tokoh Automotif 2016.
Yoichiro Ueno dipilih kerana berjaya memacu jenama Honda bersaing dalam peneraju pasaran tradisional untuk mencapai kedudukan kedua di Malaysia dalam unit jualan tahun ini.
Acara julung kali diadakan anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI), dilaporkan akan menjadi platform kepada kerajaan untuk mengiktiraf pencapaian pengeluar kereta dalam pelbagai kategori.
MAI baru-baru ini telah menggariskan pelan tindakannya hingga 2050, dan mahu memastikan negara terus kompetitif dengan memudahkan pembangunan teknologi dalam industri domestik.
CEO MAI Datuk Madani Sahari berkata Dasar Automotif Nasional 2014 hanya sehingga 2030, dan pelan tindakan baru akan terangkum bagi sektor automotif sehingga 2050.
"Walaupun teknologi yang pantas berkembang dalam industri automotif, peraturan-peraturan dan penguatkuasaan belum ada dan ini juga akan terkandung dalam rangka kerja baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2016
Proton Holdings Bhd, yang nasibnya jauh berbeza daripada pesaing, Perodua, bersedia untuk kembali dalam arena pada tahun depan. - Gambar fail
Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Jualan suku ketiga Perodua naik 28.3 peratus, pendaftaran lepasi 230,000
Setakat sembilan bulan pertama tahun ini, Perodua berjaya menghasilkan sejumlah 245,341 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 18.6 peratus.
Pengeluar kereta tempatan kembali bersaing pada 2017
Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, yang nasibnya jauh berbeza daripada pesaing, Perodua, bersedia untuk kembali dalam arena pada tahun depan.
Perodua lancar sedan pertama, Bezza
Bezza dikeluarkan dalam 5 varian dan 4,028 pesanan telah diterima untuk kenderaan tersebut sejak pesanan dibuka 16 Julai lalu.
Model sedan Perodua Bezza dijangka produk laris
Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata ia adalah model pertama dalam sedan kompak segmen 'A' syarikat itu yang direka bentuk sepenuhnya oleh warga tempatan.
Perodua Bezza dibuka untuk tempahan mulai 16 Julai
Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co.