KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia berkurangan 7.6 peratus kepada 27,209 tan pada Februari 2023 daripada 29,451 tan yang dicatatkan pada Januari 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam kenyataan mengenai Perangkaan Getah Bulanan, Malaysia Februari 2023, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata perbandingan tahun ke tahun pula menunjukkan penurunan 2.7 peratus berbanding 27,950 tan pada Februari 2022.
Beliau berkata pengeluaran getah asli Malaysia pada Februari 2023 disumbangkan terutama oleh sektor pekebun kecil sebanyak 87.3 peratus manakala sektor estet pada 12.7 peratus.
"Jumlah stok getah asli pada Februari 2023 susut 1.5 peratus kepada 191,636 tan daripada 194,563 tan pada Januari 2023. Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 90.6 peratus diikuti kilang pengguna getah sebanyak 9.3 peratus dan estet getah pada 0.1 peratus," katanya.
Beliau berkata eksport getah asli Malaysia berjumlah 48,393 tan pada Februari 2023 meningkat 18.4 peratus daripada 40,867 tan yang direkodkan pada Januari 2023.
"China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 56.9 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Februari 2023 diikuti Jerman pada 7.3 peratus; Turkiye sebanyak 3.6 peratus; Amerika Syarikat (AS) berjumlah 2.1 peratus dan Mesir pada 1.5 peratus.
Mohd Uzir berkata prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.
"Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM0.99 bilion pada Februari 2023, meningkat 5.6 peratus daripada RM0.93 bilion pada Januari 2023," katanya.
Analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat merekodkan peningkatan iaitu 7.3 peratus kepada 538.55 sen sekilogram pada Februari 2023 daripada 502.05 sen sekilogram pada Januari 2023.
Sekerap pula naik 2.3 peratus kepada 474.50 sen sekilogram pada Februari 2023 daripada 463.84 sen sekilogram pada Januari 2023.
"Harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (G.M.M) pula meningkat 1.2 peratus hingga 7.2 peratus.
"Data Harga Komoditi Bank Dunia melaporkan harga bagi getah jenis TSR 20 (Technically Specified Rubber) dan SGP/MYS (Singapura/Malaysia) masing-masing turun 0.7 peratus (daripada US$1.41 sekilogram kepada US$1.40 sekilogram) dan 0.8 peratus (daripada US$1.63 sekilogram kepada US$1.62 sekilogram)," menurut DOSM.
DOSM menjelaskan berdasarkan laporan Malaysia Rubber Board Digest pada Februari 2023, sentimen negatif pasaran getah Kuala Lumpur disebabkan oleh penurunan dalam harga minyak mentah, jualan kereta China yang kurang menggalakkan serta kebimbangan terhadap peningkatan kadar faedah yang dikenakan oleh AS.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023

Pengeluaran getah asli Malaysia pada Februari 2023 disumbangkan terutama oleh sektor pekebun kecil sebanyak 87.3 peratus manakala sektor estet pada 12.7 peratus. - Gambar fail/ Astro AWANI

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.

MH370: 11 tahun berlalu, mungkinkah misteri terungkai?
Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza, sifatkan sebagai pembersihan etnik - Mohamad
Malaysia menentang keras cadangan untuk mengilhakkan Gaza, menyifatkannya sebagai bentuk "pembersihan etnik" dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Cip AI disekat AS: Malaysia nilai sama ada undang-undang telah dilanggar
MITI menegaskan bahawa Malaysia tetap teguh menentang mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.