Pemangku Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob telah memohon agar dua Ahli Lembaga Pengarah untuk terus mengekalkan jawatan mereka di syarikat itu.
Tan Sri Sulaiman, menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh FGV berkata, "berhubung laporan media mengenai peletakan jawatan Datuk Dr. Omar Salim dan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dari Lembaga Pengarah FGV, saya ingin menyatakan bahawa kedudukan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah adalah amat penting dalam proses penyumbangan dan penambahbaikan integriti dan semangat kesaksamaan yang berterusan".
"Saya ingin menjelaskan bahawa kedua-dua Ahli Lembaga Pengarah telah menyatakan niat mereka untuk meletakkan jawatan mereka beberapa minggu yang lalu," tambah beliau.
"Namun, untuk meningkatkan kawalan tadbir urus korporat dan perniagaan FGV, saya telah meminta agar semua anggota pengarah untuk terus kekal di jawatan mereka ulas Tan Sri Sulaiman lagi.
Saham syarikat gergasi FGV pula telah meningkat sebanyak 1.84% pada hari ini, dengan pelantikan tiga pengarah baru.
FGV meningkat tiga sen kepada RM1.66, dengan 1.74 juta saham bertukar tangan untuk permodalan pasaran sebanyak RM5.95 bilion.
Dalam pemfailan bursa semalam, FGV berkata ketiga-tiga pengarah baru ini adalah dari Felda Authority (Felda).
Datuk Abu Bakar Harun dan Ab Ghani Mohd Ali telah dilantik sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif manakala Datuk Muzzammil Mohd Nor dinamakan sebagai pengarah alternatif bukan bebas dan bukan eksekutif.
Ibrahim Sani
Thu Jul 13 2017

SULAIMAN: Kedudukan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah adalah amat penting dalam proses penyumbangan dan penambahbaikan integriti.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.

Pekebun kecil disaran tingkat hasil sawit hingga 10 tan setahun untuk perkukuh industri - Johari
Golongan pekebun kecil kelapa sawit disaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil antara lima hingga 10 tan metrik setahun.

FGV sempurnakan agihan dan pembayaran zakat bagi 2024 berjumlah RM19.9 juta
Sesi kesembilan program FGV Seikhlas Hati bagi tahun 2024 memberi manfaat kepada kira-kira 1,900 orang asnaf seluruh negara.

FGV pacu kemajuan industri sawit melalui inovasi lestari
FGV Holdings Berhad (FGV) telah mengadakan program bersama media bagi mempamerkan usaha-usaha kelestarian yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut dalam menetapkan penanda aras baharu industri sawit.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.

FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.

FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.

FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.