Bekas Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba menegaskan nilai-nilai projek dari Jepun adalah lebih telus dan jujur berbanding negara lain.
Mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam menilai pelaburan ke Malaysia, Jalilah berkata sikap keterbukaan pihak Jepun dalam berkongsi maklumat dan berbincang tentang analisis kos faedah dan pulangan memudahkan sesuatu projek itu dilaksanakan.
“Syarikat Jepun akan tunjukkan kepada kita kos, sasaran, keuntungan dan apakah yang bakal terjadi kepada Malaysia hasil daripada projek yang disepakati,” katanya semasa ditemu bual Astro AWANI pada Khamis.
Jalilah memberi respon berikut ketika ditanya tentang pengalaman beliau berurusan dengan pelabur-pelabur dari Jepun dalam konteks lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Negara Matahari Terbit itu, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, persediaaan mengenai projek yang dilakukan oleh syarikat Jepun membolehkan kedua-dua pihak melakukan analisis, namun terpulang kepada Malaysia untuk menilai segala yang ditawarkan agar dapat memberi pulangan kepada negara.
Dalam sesi temu bual sama, Jalilah turut mendedahkan kriteria yang diambil sebelum membenarkan mana-mana syarikat untuk melabur di Malaysia.
“Kita akan selidik latar belakang syarikat berkenaan termasuklah reputasi yang baik, tidak memiliki hutang yang banyak dan bebas daripada terkait dengan mana-mana aktiviti yang boleh mengundang muflis.”
Tambahnya, projek-projek cadangan daripada Jepun lebih mudah untuk dinilai memandangkan mereka lebih bersedia menjawab segala soalan yang diajukan.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa Jepun untuk menjadi rakan kongsi dengan Malaysia dalam membangunkan negara Asia Tenggara.
Perdana Menteri menyampaikan pelawaan itu dalam satu pertemuan dengan para pemimpin organisasi utama ekonomi Jepun pada Selasa.
BACA: Dr M pelawa Jepun melabur di Malaysia
Wafa Aula
Wed Jun 13 2018

JALILAH: Projek-projek cadangan daripada Jepun lebih mudah untuk dinilai memandangkan mereka lebih bersedia menjawab segala soalan yang diajukan. -Foto Astro AWANI
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Pengusaha PKS disaran terokai e-bazar - Jalilah Baba
Pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disaran untuk meneroka peluang bagi membina perniagaan digital menerusi e-bazar.

Sektor perniagaan harap keberkesanan sebaran maklumat dipertingkat dan konsisten
Semoga tiada pihak yang ketinggalan dalam usaha kerajaan memulihkan operasi perniagaan yang terkesan akibat COVID-19.

Penilaian projek dari Jepun lebih jujur, telus - Jalilah Baba
Bekas Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba menegaskan nilai-nilai projek dari adalah lebih telus dan jujur berbanding negara lain.