Penurunan harga minyak mentah dunia tidak memerlukan kerajaan meminda Bajet 2015 kerana ia tidak akan menjejaskan sasaran paras defisit sebanyak tiga peratus pada 2015, persidangan Dewan Negara
diberitahu pada Isnin.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata penurunan hasil minyak akan diimbangi dengan pengurangan ketara subsidi minyak melalui pelaksanaan sistem apungan terkawal bagi harga runcit RON95 dan diesel mulai 1 Dis lepas.
"Secara relatifnya, penurunan harga minyak mentah dunia pada masa ini tidak akan memberi kesan yang ketara ke atas anggaran hasil 2014.
Sehingga kini, purata harga minyak mentah Tapis dari Januari ke 25 November adalah sebanyak US$107 setong," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Mohd Khalid Ahmad yang ingin tahu sama ada Kerajaan Persekutuan akan membuat pindaan kepada Bajet 2015 memandangkan harga minyak mentah piawai Brent kini jatuh ke paras US$82 setong.
Mohd Khalid juga ingin tahu mengenai peratus tahunan kebergantungan hasil Kerajaan Persekutuan kepada sumber minyak setiap tahun sejak 2010 sehingga kini dan purata tahunan harga minyak mentah piawai Brent sejak 2010.
Jelas Chua, penyediaan anggaran hasil Kerajaan Persekutuan bukan berdasarkan unjuran purata harga minyak mentah piawai Brent, sebaliknya berdasarkan unjuran purata harga minyak piawai Tapis.
Oleh itu, anggaran hasil Kerajaan Persekutuan disemak 2014, yang berjumlah RM225,094 juta adalah berdasarkan unjuran harga minyak piawai Tapis sebanyak US$110 setong, katanya.
Manakala, anggaran hasil Kerajaan Persekutuan pada 2015 adalah berdasarkan unjuran purata harga minyak piawai Tapis sebanyak US$105 setong.
Mengenai peratus tahunan kebergantungan hasil Kerajaan Persekutuan kepada sumber minyak, Chua berkata hasil berkaitan petroleum menyumbang 35.4 peratus atau RM56.5 bilion daripada jumlah hasil keseluruhan pada 2010.
"Pada 2011, sebanyak 35.8 peratus atau RM66.4 bilion, pada 2012 sebanyak 33.7 peratus atau RM70.2 bilion dan pada 2013 menyumbang 31.2 peratus atau RM66.6 bilion," katanya.
Chua berkata sumber hasil itu dijangka terus menurun pada 2014 dan dianggarkan menyumbang sebanyak 29.7 peratus atau RM66.9 bilion daripada jumlah keseluruhan.
Katanya trend tersebut menunjukkan kebergantungan kepada hasil berasaskan petroleum berkurangan.
Beliau juga memberitahu purata harga minyak mentah piawai Brent pada 2010 ialah US$79.73 setong, US$111.05 setong pada 2011, US$111.94 setong pada 2012 dan US$108.82 setong pada 2013.
Manakala, purata harga bagi bulan Januari hingga Oktober ini ialah pada US$104.64 setong.
Bernama
Tue Dec 09 2014

CHUA: Penurunan harga minyak mentah dunia pada masa ini tidak akan memberi kesan yang ketara ke atas anggaran hasil 2014. -Gambar fail
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
![[UNDIAN] Adakah sumbangan ibu bapa kepada sekolah kerajaan mencukupi? [UNDIAN] Adakah sumbangan ibu bapa kepada sekolah kerajaan mencukupi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442994745_BAJETYOUTH.jpg)
[UNDIAN] Adakah sumbangan ibu bapa kepada sekolah kerajaan mencukupi?
Pada Bajet 2015, peruntukan kepada bidang pendidikan meliputi kira-kira 20 peratus daripada jumpah keseluruhan belanjawan.

Ekonomi negara akan terus berada pada landasan yang kukuh - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia tidak menunjukkan impak negatif susulan pengumuman mengenai penstrukturan semula Bajet 2015.

Struktur semula Bajet 2015: Langkah kerajaan perlu realistik - Penganalisis
Ketua ahli ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias berkata pengurangan defisit kepada 3% KDNK adalah sesuatu yang agak mencabar.

Penstrukturan semula Bajet 2015 tangani kemerosotan nilai ringgit, harga minyak
Perdana Menteri Najib Razak akan umumkan penstrukturan semula Bajet 2015 pada 20 Januari nanti.

Defisit fiskal 3 peratus mampu dicapai
Sasaran defisit fiskal 3% bagi tahun ini mampu dicapai sekiranya penyelarasan tertentu dalam Bajet 2015 dapat dilakukan secepat mungkin.

Bajet 2015 mungkin distruktur semula, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kemungkinan Bajet 2015 distruktur semula.

DBKL peruntuk RM2.44 bilion untuk Bajet 2015
Dewan Bandaraya Kuala lumpur memperuntukkan RM2.44 bilion untuk Bajet 2015 dengan RM1.63 bilion bagi mengurus dan RM812.54 juta untuk pembangunan.

Penurunan harga minyak mentah dunia: kerajaan tidak perlu pinda bajet
Penurunan harga minyak mentah dunia tidak memerlukan kerajaan meminda Bajet 2015 kerana ia tidak akan menjejaskan sasaran paras defisit sebanyak tiga peratus pada 2015,

BAJET 2015: Berapa kena bayar cukai pendapatan?
Beberapa profil individu yang kami sediakan sebagai rujukan untuk anda melihat secara ringkas perbezaan cukai bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.

2 juta daripada 7 juta penerima BR1M tidak miliki akaun bank
Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini masih tidak memiliki akaun bank, menyukarkan bantuan itu disalurkan terus kepada mereka.