Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan penutupan syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai keputusan berbentuk komersial.
Beliau yang juga bekas anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata apa jua keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah 1MDB termasuk penutupan itu adalah berlandaskan kepada kepentingan negara dan rakyat.
Bagaimanapun, katanya, walaupun berhadapan dengan pelbagai kontroversi, pelan rasionalisasi yang dilaksanakan di bawah 1MDB telah menampakkan kejayaan menerusi pelaksanaan beberapa projek mega.
"Tetapi 1MDB ini telah dilunyaikan sebegitu teruk. Bila kita nak jual benda, benda dan sentimen dah dilunyaikan oleh orang kita sama ada boleh dijual atau tidak. Jadi, kita kena buat keputusan komersial, ia bukan keputusan politik.
"Saya menganggap apa jua keputusan yang nak dibuat tentu sekali berlandaskan kepada keputusan demi untuk negara dan rakyat. Jadi, apa jua yang dianggap baik ia akan diputus dan dibuat secara telus tanpa ada apa-apa yang tersembunyi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Rakyat 2018 Parlimen Kepala Batas, di sini pada Sabtu.
Selasa lepas, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah dilapor berkata 1MDB akan ditutup selepas semua hutangnya selesai dibayar.
Sementara itu, mengulas mengenai seminar itu, Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata program itu adalah untuk memastikan pembangunan taraf sosio-ekonomi masyarakat dapat dipertingkat dengan memberi pelbagai pendedahan maklumat seiring dengan matlamat Transformasi Nasional (TN50) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata program itu dapat memberi peluang kepada generasi muda terutamanya di kawasan luar bandar untuk mengetahui peluang-peluang yang mampu dicapai selain mereka perlu peka dengan revolusi industri yang sedang berlaku.
“Tak ramai anak muda di luar bandar faham apa makna revolusi industri 4.0. Sebagai contoh ekonomi digital, industri kreatif, industri inovatif, dan sebagainya tetap akan sampai ke kawasan kita. Ia akan mengambil tempat dan banyak perubahan yang akan berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 03 2018

REEZAL: Apa jua yang dianggap baik ia akan diputus dan dibuat secara telus tanpa ada apa-apa yang tersembunyi. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.

Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta

Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.

1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat

Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.

Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.