KUALA LUMPUR: Perak memperoleh pelaburan direalisasikan bernilai lebih RM22.3 bilion setakat akhir Jun tahun ini daripada sejumlah 283 projek pembuatan, mewujudkan lebih 22,000 pekerjaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Arham Abdul Rahman.
Justeru, Perak bersedia untuk mengukuhkan sektor elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia khususnya di wilayah utara dengan hab perindustrian berteknologi tinggi akan datang di Kerian seperti yang diunjurkan kerajaan dalam Belanjawan 2024, katanya.
"Berasaskan Wawasan pelan pembangunan Perak Sejahtera 2023, kerajaan negeri memfokuskan kepada beberapa sektor, bukan sahaja sektor berteknologi tinggi tetapi juga berdasarkan perkhidmatan seperti Bandar Perindustrian Maritim Lumut," katanya kepada pemberita pada majlis 'Mida Invest Series - Perak: Unfolding its Business Potentials', di sini, pada Isnin.
Arham berkata kerajaan negeri turut menyasar untuk menarik lebih ramai pelabur ke dalam sektor halal, bukan sahaja dalam sektor makanan halal tetapi juga dalam kosmetik dan sektor lain.
Sementara itu, dalam ucap tamanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri komited untuk menggalakkan pelaburan ke Perak kerana negeri itu bersedia dan mampu mempertimbangkan insentif yang sesuai atau memudahkan pelabur.
Beliau menyatakan misi penggalakan pelaburan baru-baru ini ke Shanghai, Hangzhou, Nanning dan Guangzhou di China dari 15 hingga 21 Okt, 2023, berjaya menarik pelaburan berpotensi ke negeri ini.
"(Antara lain), InvestPerak telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Zhejiang Sinopont Technology, syarikat pelaburan China, untuk pengeluaran filem enkapsulasi dengan pelaburan sebanyak RM2 bilion melibatkan pembukaan kilang pembuatan baharu Zhejiang di Ipoh iaitu yang pertama di Asia Tenggara.
"MB Incorporated Perak juga menimbang potensi menjalin kerjasama dengan Rare Earth Group Co Ltd, yang berpangkalan di Nanning, untuk teknologi terkini dalam mengasingkan unsur nadir bumi dan proses pemulihan atau pemuliharaan tapak perindustrian," kata Saarani.
Dalam misi itu, kerajaan negeri mengukuhkan kerjasama dengan rakan dagang strategik termasuk syarikat automotif gergasi China, Geely, dalam memastikan kejayaan pelaburan Lembah Teknologi Tinggi Automotif bernilai RM32 bilion di Tanjung Malim, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023

Arham berkata kerajaan negeri turut menyasar untuk menarik lebih ramai pelabur ke dalam sektor halal, bukan sahaja dalam sektor makanan halal tetapi juga dalam kosmetik dan sektor lain. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.

MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.

MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar
Kerajaan menerusi MITI dan MIDA akan terus proaktif dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024
Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap potensi jangka panjang Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya Pulau Pinang.

MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini walaupun dalam persekitaran pemulihan ekonomi domestik.

Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin
Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Perkeso bagi memastikan kebajikan bekas pekerja kilang pengeluar tayar global Goodyear terjamin susulan penutupan operasi syarikat itu di Shah Alam.

5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

DIO lulus pelaburan digital RM162 bilion sehingga Mac 2024 - MIDA
Pejabat Pelaburan Digital (DIO) meluluskan pelaburan digital bernilai RM161.97 bilion dari tempoh penubuhannya pada 2021 hingga Mac 2024.