IPOH: Perak menerima pelaburan sebanyak RM100 juta bagi sektor industri hiliran berasaskan sumber mineral batu kapur di kawasan Perindustrian Bemban, Batu Gajah yang dijangka siap pada suku ketiga 2023 untuk fasa pertama.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata projek ini akan dibangunkan dalam dua fasa dengan yang pertama melibatkan kapasiti pengeluaran antara 20 hingga 24 juta liter cat setiap tahun dan dijangka menawarkan sebanyak 200 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan.
"Pembangunan kilang ini akan dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini berasaskan revolusi perindustrian keempat menjadikan Smart Paints Manufacturing sebagai syarikat pengeluar cat pertama yang mengguna pakai teknologi Industri 4.0 sepenuhnya di Malaysia.
"Walaupun Perak dilimpahi dengan pelbagai sumber mineral seperti batu kapur, pasir silika, kuarza, tanah liat dan lain-lain, kebanyakan sumber ini hanya dilombong dan dibawa keluar dari negeri ini tanpa proses nilai tambah bagi pengeluaran produk bermutu tinggi," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Kilang Baharu di Batu Gajah hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri sangat menghargai usaha dan hasrat pihak syarikat untuk membangunkan kilang baharu mereka dalam memanfaatkan sumber bahan mentah batu kapur dan kalsium karbonat untuk dibuat proses nilai tambah bagi pengeluaran produk akhir sekali gus menggalakkan lagi industri hiliran kepada sumber mineral.
Beliau turut menyeru agar InvestPerak bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk meneruskan usaha mengenal pasti pelabur-pelabur berpotensi dalam sektor industri mineral bagi menggalakkan lagi aktiviti nilai tambah dan industri hiliran ke atas sumber mineral yang banyak terdapat di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
![Perak terima RM100 juta pelaburan sektor industri hiliran batu kapur Perak terima RM100 juta pelaburan sektor industri hiliran batu kapur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658137007_TBSHAHRULZAMANYAHYA.jpg)
Shahrul Zaman berkata projek ini akan dibangunkan dalam dua fasa dengan yang pertama melibatkan kapasiti pengeluaran antara 20 hingga 24 juta liter cat setiap tahun. - Gambar/ Bernama
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611420791_950x600.jpg)
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.
![Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738817735_TBPOTONGTANGAN.jpg)
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
![Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738473035_TBKHATIBKHUTBAH.jpg)
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
![Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737668073_HariNatal.jpg)
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
![Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736855519_TBPPSKOTATINGGI.jpg)
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
![Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736751196_Gopeng.jpg)
Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah
Ia menerima Sijil SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat.
![Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735688895_SaaraniMohamad.jpg)
Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.
![Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731820991_banjir.jpg)
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
![PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733642134_TBPAFA.jpg)
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
![Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732549856_RafiziRamliIpoh.jpg)
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.