KUALA LUMPUR: Sektor penerbangan dijangka meraih manfaat terutama dengan menjelangnya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) meskipun impaknya kurang ketara berikutan jumlah pengundi yang kemungkinan lebih rendah berbanding sebelum ini, demikian menurut Maybank Investment Bank (IB).
Penganalisisnya, Yin Shao Yang berkata, dari segi sejarah, trafik penumpang cenderung meningkat semasa pilihan raya apabila pengundi kembali ke kawasan mengundi masing-masing untuk mengundi, terutamanya pengundi yang kawasan mengundinya merentasi Laut China Selatan di Sabah dan Sarawak.
Katanya, ia dapat dilihat apabila trafik penumpang domestik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat 18% pada 2013 (PRU13) dan 3% pada 2018 (PRU14).
Capital A Bhd. pula menyaksikan trafik penumpang bagi operasi AirAsia di Malaysia meningkat 11% dalam kedua-dua PRU13 dan PRU14.
"Kami menjangkakan PRU15 akan memberi impak jangka panjang yang positif kepada trafik penumpang dan kesan jangka pendek yang positif kepada tambang kapal terbang.
"Ini akan menyaksikan Capital A akan lebih menguntungkan dengan ketibaan pilihan raya berbanding MAHB," katanya dalam nota kajian pada Jumaat.
Minggu lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa 10 Oktober 2022 selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU15.
Perdana Menteri membuat pengumuman itu setelah kerajaan selesai membentangkan Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu yang menyaksikan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion.
Pembubaran kira-kira sembilan bulan sebelum penggal Parlimen Ke-14 berakhir pada 15 Julai 2023, sekali gus menjawab segala teka-teki serta spekulasi berlegar sejak beberapa minggu lalu mengenai PRU15.
Bagaimanapun, Shao Yang berkata, kesan PRU15 terhadap sektor penerbangan Malaysia mungkin kurang berkesan kali ini terutamanya peratusan keluar mengundi mungkin tidak setinggi ketika PRU13 (80%) dan PRU14 (76%).
"Ini berikutan beberapa negeri belum membuat keputusan untuk membubarkan DUN, antaranya, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Sabah/Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri masing-masing pada September 2020/Disember 2021.
"Selain faktor ini, pengundi juga mungkin terbatas untuk terbang ke kawasan mengundi mereka kerana tambang penerbangan yang tinggi ketika ini," jelasnya.
Namun, secara keseluruhan Maybank IB mengekalkan pandangan 'positif' terhadap sektor penerbangan dengan saranan 'beli' terhadap MAHB dan Capital A.
"Apa yang menarik minat kami lagi ialah peningkatan trafik penumpang pada masa lalu nampaknya berstruktur.
"Dalam erti kata lain, trafik penumpang tidak meredakan pasca pilihan raya tetapi stabil malah terus berkembang," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Oct 17 2022

Shao Yang berkata, kesan PRU15 terhadap sektor penerbangan Malaysia mungkin kurang berkesan kali ini terutamanya peratusan keluar mengundi mungkin tidak setinggi ketika PRU13 (80%) dan PRU14 (76%). - Gambar hiasan
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Penggabungan CAAM-MAVCOM dijangka pada separuh kedua 2025
Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini.

CAAM sasar peraturan baharu pesawat pendaftaran asing sebelum suku pertama 2025
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dijangka menerbitkan peraturan baharu berkaitan operasi pesawat yang didaftarkan di luar negara dalam penerbangan am menjelang suku pertama tahun ini.

Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Pramugari mempersoalkan kesediaan Khabib Nurmagomedov membantu penumpang lain jika berlaku kecemasan di barisan keluar.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Penumpang Jeju Air batalkan tiket penerbangan susulan nahas maut
Jeju Air Co. mendedahkan bahawa sebanyak 68,000 tempahan penerbangan telah dibatalkan setakat 1 tengah hari.

Vanuatu sambung semula operasi penerbangan selepas gempa bumi
Airports Vanuatu Limited, pemilik dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Port Vila membuat pengumuman itu pada Sabtu.

Industri syarikat penerbangan akan pertingkat keuntungan pada 2025 - IATA
Jumlah pendapatan industri pula dijangka mencecah AS$1.01 trilion (RM4.46 trilion), peningkatan 4.4 peratus berbanding 2024.

Struktur semula CAAM, beri penekanan kepada Sabah dan Sarawak
Jeffrey Kitingan berkata penstrukturan semula itu meliputi cadangan pewujudan tiga sub regional authority, meliputi Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang
MARA memaklumkan pihaknya memfailkan writ saman pada 7 Jun 2022 terhadap syarikat yang disyaki menyeleweng dana latihan penerbangan itu.

AirAsia X catat peningkatan penumpang 34 peratus kepada 1.08 juta pada suku ketiga 2024
Prestasi tersebut dicapai apabila lebih banyak pesawat kembali beroperasi sepanjang tahun lepas.