KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memperbaiki kembali model FELDA sebagai langkah untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia.
Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Professor Ulung Datuk Dr Rajah Rasiah berkata antara tumpuan yang perlu diberi perhatian adalah memastikan jurang digital dapat diatasi untuk meningkatkan daya saing yang sihat.
Rajah merujuk kepada keupayaan Chile yang menggunakan model yang sama dalam membangunakan industri pengeluaran ikan Salmon sehingga menjadi pengeksport terbesar dunia selepas Norway.
Pada masa yang sama, program yang diterajui oleh Presiden Chile ketika itu, Salvador Allende berjaya mengeluarkan sebahagian besar rakyatnya daripada kemiskinan.
“Saya hendak nyatakan, sekiranya Chile boleh berbuat demikian, adakah kita tidak boleh lakukan perkara yang sama? Saya yakin kita boleh buat.
“Jadi kita harus melihat sama ada rangkaian kita mulakan dahulu boleh diperbaiki, memandangkan ia telah berlaku dan dijadikan model di negara lain, sedangkan model FELDA itu runtuh di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat terbitan Astro AWANI.
Menyentuh mengenai jurang digital, Rajah menjelaskan dengan memberikan akses tekonologi terbaik kepada peserta program akan memastikan mereka mampu menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan berkualiti.
Oleh itu, kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan memberikan bantuan hanya selepas peserta sudah bersedia, sebaliknya perlu membekalkan peralatan yang diperlukan dan pada masa memberikan latihan yang diperlukan.
Irfan Faruqi
Fri Aug 18 2023

Rajah berkata kerajaan perlu memperbaiki kembali model FELDA sebagai langkah untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia. - Gambar hiasan/BERNAMA
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Februari 2025
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

PADU: Yakinkan pengguna, data selamat dan tidak diseleweng - Presiden CAKE
Kerajaan perlu meyakinkan pengguna mengenai keselamatan data yang dikongsikan melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk tingkatkan kadar pendaftaran.

PADU: Fikirkan nasib penduduk pedalaman Sabah, sukar mendaftar - Penganalisis
Kerajaan perlu memudahcara penduduk di pedalaman Sabah untuk mendaftar ke dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Perkenalkan silibus TVET lebih fleksibel, singkat - Pensyarah Kanan UPSI
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) perlu memperkenalkan silibus pensijilan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang lebih fleksibel.

Kerajaan perlu libatkan semua lapisan masyarakat tangani isu kekurangan tenaga kerja mahir - Pakar
Kurangnya penglibatan golongan muda dalam mengisi tenaga kerja mahir adalah salah satu kelompangan yang perlu dilihat secara serius.

Murid miskin perlu kepada kaedah pembelajaran tersendiri - CEO Arba Foundation
Murid miskin berdepan cabaran unik seperti tekanan kronik dan kurang nutrisi yang menghalang mereka bersaing secara sihat.

Perbaiki kembali model FELDA dalam usaha basmi kemiskinan - Pakar ekonomi
Kerajaan perlu memperbaiki kembali model FELDA sebagai langkah untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia.

Subsidi tidak memulihkan ekonomi, sekadar pastikan kumpulan rentan terbela - FOMCA
Subsidi bukan bertujuan untuk memulihkan ekonomi sebaliknya untuk memastikan golongan rentan dapat menikmati kualiti hidup minima.

Peningkatan kos adalah semula jadi, tumpu tingkatkan gaji - Pakar Ekonomi
Peningkatan kos dalam sektor komersial dan isi rumah adalah suatu yang semulajadi bagi negara yang menuju kearah taraf negara maju.

Program literasi kewangan AKPK perlu mesra pengguna internet - BowerGroupAsia
Strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan majoriti diisytiharkan bankrap di Malaysia.

Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli, wujudkan lebih banyak pilihan - Salahuddin
Salahuddin berkata, realitinya pengguna di Malaysia akan tetap berbelanja mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing.