KUALA LUMPUR: Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia sekali lagi mencecah jualan tertinggi dalam rekod pada November 2021 mencatatkan RM118.1 bilion, peningkatan 7.0 peratus tahun ke tahun, mengatasi paras yang dicapai bulan lepas sebanyak RM116.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan dalam perdagangan borong dan runcit itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong yang mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 6.8 peratus atau RM3.6 bilion kepada RM56.3 bilion pada November 2021.
"Perdagangan runcit juga berkembang 6.7 peratus atau RM3.0 bilion kepada RM47.8 bilion. Dalam tempoh yang sama, kenderaan bermotor meningkat 8.6 peratus atau RM1.1 bilion kepada RM13.9 bilion," katanya dalam satu kenyataan prestasi perdagangan borong dan runcit, yang dikeluarkan hari ini.
Untuk perbandingan dengan bulan sebelumnya, beliau berkata nilai jualan perdagangan borong dan runcit meningkat 1.6 peratus, disokong oleh pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi termasuk perjalanan rentas negeri bermula 11 Oktober 2021.
Beralih kepada prestasi mengikut subsektor, Mohd Uzir berkata pertumbuhan subsektor perdagangan borong adalah sebanyak 6.8 peratus pada November 2021 disokong oleh lain-lain pengkhususan jualan borong yang meningkat 7.6 peratus atau RM1.6 bilion kepada RM22.1 bilion.
"Ini diikuti oleh jualan borong makanan, minuman dan tembakau dengan 11.2 peratus untuk merekodkan RM11.4 bilion," katanya.
Jualan borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup juga meningkat 15.5 peratus kepada RM4.7 bilion, didorong oleh harga komoditi yang lebih tinggi.
"Bagi perbandingan dengan bulan sebelumnya, jualan subsektor ini meningkat 1.0 peratus," jelasnya.
Mengulas lebih lanjut mengenai subsektor perdagangan runcit, beliau berkata kenaikan 6.7 peratus itu disumbangkan oleh jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang mencatatkan peningkatan 9.9 peratus atau RM1.6 bilion kepada RM17.7 bilion.
Sementara itu, kumpulan lain dalam subsektor ini turut mencatatkan pertumbuhan positif iaitu jualan runcit bahan api kenderaan (18.2 peratus), jualan runcit barangan isi rumah (6.4 peratus), jualan runcit makanan, minuman dan tembakau 9.1 peratus, jualan runcit bukan di kedai, gerai atau pasar (28.4 peratus), jualan runcit barangan kesenian dan rekreasi 4.5 peratus, jualan runcit kelengkapan informasi dan komunikasi (0.8 peratus), dan jualan runcit di gerai dan pasar (11.6 peratus).
Bagaimanapun, beliau berkata jualan runcit di kedai khusus kekal negatif untuk bulan keenam berturut-turut untuk mencatatkan -1.0 peratus.
"Bagi perbandingan bulanan, perdagangan runcit meningkat 3.4 peratus dengan semua kumpulan dalam subsektor ini mencatatkan pertumbuhan positif," katanya.
Di samping itu, Mohd Uzir berkata pertumbuhan 8.6 peratus dalam subsektor kenderaan bermotor bulan ini disumbangkan oleh jualan kenderaan bermotor yang terus mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 11.8 peratus atau RM0.9 bilion kepada RM8.1 bilion.
Ini diikuti oleh jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motosikal dengan 9.4 peratus mencatatkan RM1.2 bilion.
Selain itu, jualan alat ganti dan aksesori kenderaan bermotor dan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor juga kembali positif untuk merekodkan pertumbuhan masing-masing 2.9 peratus dan 4.0 peratus.
"Bagaimanapun, bagi perbandingan bulanan, jualan subsektor ini menurun -1.9 peratus disebabkan oleh jualan kenderaan bermotor yang mencatatkan -10.4 peratus," katanya.
Mohd Uzir berkata indeks jualan runcit melalui Internet merekodkan pertumbuhan 21.0 peratus tahun ke tahun (Oktober 2021: 20.7 peratus) manakala bagi pelarasan musim, indeks ini meningkat 5.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Sementara itu, bagi indeks volum, perdagangan borong dan runcit mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 2.9 peratus.
Ketua Perangkawan turut memaklumkan pengembangan itu disumbangkan oleh kenderaan bermotor yang meningkat 5.2 peratus, diikuti oleh perdagangan runcit dengan 3.3 peratus.
Dalam pada itu, perdagangan borong juga mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 1.4 peratus sementara itu, indeks volum pelarasan musim meningkat 1.6 peratus bulan ke bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022

Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan dalam perdagangan borong dan runcit itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong yang mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 6.8 peratus. - Gambar fail/Bernama
PM Anwar arah KPKM segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan di pasaran - Setiausaha Akhbar PM
Dalam pada itu, taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut menekankan berkenaan isu beras putih tempatan yang terus menjadi perhatian di negara ini.
Taklimat harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan Madani
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah yang menjalankan tugas tersebut menjelaskan taklimat harian PMO taklimat harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan, tetapi menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi Kerajaan.
Elak pembaziran, kotak jangan lebih mahal dari kurma - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kepentingan kesederhanaan dalam penganjuran majlis iftar serta sumbangan kerajaan bagi memastikan semangat Ramadan benar-benar dihayati.
Ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), beliau menekankan agar perbelanjaan kerajaan lebih berhemat dan tidak digunakan untuk perkara kurang bermanfaat.
Ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), beliau menekankan agar perbelanjaan kerajaan lebih berhemat dan tidak digunakan untuk perkara kurang bermanfaat.
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dibentang bacaan kedua esok
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua esok, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, apabila diluluskan kelak, RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada Parlimen dalam melaksanakan tugasnya, sekali gus memastikan sistem demokrasi negara lebih matang dan bebas daripada pengaruh luar.
Menurutnya, apabila diluluskan kelak, RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada Parlimen dalam melaksanakan tugasnya, sekali gus memastikan sistem demokrasi negara lebih matang dan bebas daripada pengaruh luar.
[TERKINI] Keputusan Jemaah Menteri mesti jelas kepada rakyat - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri perlu disampaikan dengan jelas kepada rakyat, terutama penjawat awam.
Beliau berkata, keputusan kerajaan tidak boleh terhenti di peringkat atasan tanpa disebarkan ke peringkat akar umbi, kerana hal itu boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat.
Beliau berkata, keputusan kerajaan tidak boleh terhenti di peringkat atasan tanpa disebarkan ke peringkat akar umbi, kerana hal itu boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat.

Mayat reput ditemukan dalam tandas terbiar
Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia lebih tujuh hari dan tiada unsur jenayah ditemui.
Tapak PPR Gua Musang dibangun secara optimum, KPKT sedia pertimbang tapak baharu PRR
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat tapak PPR Gua Musang telah dibangunkan secara optimum.
Namun KPKT terbuka kepada permohonan cadangan baharu PRR dan kerajaan negeri mestilah memastikan tapak yang dicadangkan itu di lokasi strategik dan isu hak milik diselesaikan sama ada diberi secara percuma ataupun pada kadar nominal kepada KPKT.
Namun KPKT terbuka kepada permohonan cadangan baharu PRR dan kerajaan negeri mestilah memastikan tapak yang dicadangkan itu di lokasi strategik dan isu hak milik diselesaikan sama ada diberi secara percuma ataupun pada kadar nominal kepada KPKT.

Tidak hormat Ramadan, peniaga hisap rokok di kedai makan ditahan
Seorang peniaga lelaki yang bersahaja menghisap rokok ketika mengangkat makanan dipercayai untuk dijual, ke dalam kenderaannya, ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sini, pada Ahad.

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.

Perdagangan sempadan, transit Thailand cecah 145 bilion baht pada Januari
Laos menyumbang nilai perdagangan tertinggi sebanyak 25.228 bilion baht, diikuti Malaysia (24.256 bilion baht).

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.

Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel
Lebih 150 organisasi hak asasi manusia, kesatuan pekerja dan kumpulan masyarakat sivil menggesa EU untuk mengharamkan perdagangan dengan penempatan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki.